Jun 19, 2010

Mirip.

Dulu gua dah ada plan dah nak bikin satu post spesial punye, edisi mencarut. Nanti senang sikit, agak-agak nak marah-marah je gua secara petir terus kopi pes je link post ni dekat fesbuk ke, dekat blog ni ke, dekat shoutbox orang lain ke. Kan senang dan berkaliber itu macam. Hehe. Jimat kertas dan air liur pun ya. Dah jimat kertas maksudnya gua dah selamatkan pokok. Jimat air liur, automatiknya gua boleh buat air liur tu ke benda lain. Ludah jalan misalnya.

Tapi sampai sekarang gua malas nak tulis post begitu rupa. Tak senang duduk gua nanti. Boleh jadik metro terus buat headline blog gua ni. Lepas tu gua boleh kena marah dengan cikgu-cikgu gua Masyarakat pun boleh daring aku lain macam, paling hina lagi, pengemis-pengemis pun taknak terima sedekah gua. Ha apa kes? Senyum pun sedekah beb.

Kalau nak ikutkan. Mencarut ni pun ada seni dia. Yang itu gua belum mahir lagi. Nengok lah dulu nanti, kalau esok kaki gua tersepak bucu robok, gua kasik post la entry mencarut gua.

Kalau gua mencarut dekat blog ni, peh memang awek-awek la taraf gua nanti. Hehe.

No comments: