Jun 22, 2010

Distorsi

Yang paling sedap masa gua tengah demam ialah bukan kerana dapat tidur dan dapat cuti sakit. Lebih kepada dia punya rasa masa demam tu. Demam tambah dengan flu memang paling mantap. Takde bau, makanan takde rasa, mata kabur-kabur, rasa macam nak terbang.

Yang paling sedap masa gua tengah demam ialah gua rasa masa jadik perlahan, kepala jadik ringan, hidung rasa tersumbat, cakap meleret-leret. Masa jadik perlahan, mungkin masa itu cuma satu garis imaginari. Sebab tu boleh mengalami distorsi.

Distorsi garis masa boleh jadik cepat/lambat. Cepat apabila gembira, lambat apabila rasa sebal. Aah, itu semua orang pun tau. Pelari 100m yang sedang dalam perlarian, mungkin mengalami perasaan distorsi masa. Menjadi lambat. Sedangkan penonton-penonton yang sedang teruja, sambil minum air dan bersorak serta melihat pelari itu menghabiskan lariannya, mengalami pengecutan masa; menjadi cepat.

Aah, itu semua orang pun tau.

Tapi aku tak pasti, adakah masa mengalami distorsi di dalam scene membeli beger, menunggu beger masak, dan makan beger mayonis tumpah-tumpah. Paling gua pasti, scene puasa-puasa memang tidak pernah fail dalam bab-bab mengembangkan masa; menjadi perlahan.


No comments: