Jun 20, 2010

Apa.

Apalah. Lain kali aku malas ah nak nengok cerita adaptasi buku. Tak syok, tak mendebarkan, tak ada stail, tak muda-belia, tak senonoh, tak warak, tak zuhud, tak amanah, tak istiqamah, tak selim dan tak bijak. Lagi-lagi kalau cerita dia lame nak mampus.

Nanti elemen seprais dia hilang, elemen berahi dia hilang, elemen pemanas dia hilang. Twist-twist cerita yang penulis dia buat dulu semua tak menjadi. Balik kuang plot dan watak pun hambar. Watak pelakon tambahan pun rasa nak sepak. Efek komputer pun lu boleh rasa nak telan. Sebabnye aku dah tau ending cerita tu. Sebabnya aku dah habis baca buku tu.

Apalah. Lain kali kalau lu dah tengok pun cerita tu duapuluh kuasa tiga billion kali pun. Jangan la nak cerita kat gua ape plot cerita tu secara berperingkat-peringkat. Tak syok, tak mendebarkan, tak ada stail, tak muda-belia, tak senonoh, tak warak, tak zuhud, tak amanah, tak istiqamah, tak selim dan tak bijak. Lagi-lagi kalau cerita tu paling boks ofis dalam dunia, memang badigol lah jadiknya filem tu.

p/s; aku menggalakkan korang membawa senjata ringan seperti sepit kuku, sendal pintu, dan sepit baju masuk ke dalam panggung. Kalau-kalau ada mahluk yang suka spoilkan mood korang, senang je nanti.

3 comments:

pyahnakmat said...

kate r kau tgok lagenda budak setan . okey what . than aku ta tgok agie . agagaga .... sadis , cnie mane de wyg

pyahnakmat said...
This comment has been removed by the author.
alimkusing said...

Aaa, cerita lain pun boleh, Storm Warrior misalnya. haha
Segamat bakal ada panggung dalam rmk ke lapan belas ratus. tenang dan sabau je la ko.