Jun 24, 2010

Pagi.

Eh, dah pagi lah!. Matahari dah senyum-senyum kat gua. Pakcik hantar surat khabar, dah gua sambut balingan surat khabarnya. Burung-burung bersiulan mintak lastik. Cacing-cacing tanah tengah sibuk nak carik port. Kucing jalanan tengah sibuk nak bergesel mintak ikan. Rama-rama baru nak menguap. Nyamuk dah balik rumah, nak tidur. Budak-budak sekolah tengah terhiling-hiling pakai stokin sebelah lain-lain. Nyonya dan apek tua tengah tekun bertaichi. Sami saolin sibuk menyapu halaman tokong. Pakcik yang lepak masjid pulang ke warung, ngeteh. Orang kaya-kaya bersarapan roti, kulitnya tak dimakan. Embun dekat pokok pun menguap-menguap lagi. Awek kilang tengah sibuk nak mekap, nak masuk shif pagi. Kambing-kambing menunggu penuh harapan, tuannya bukak pagar. Dukun hujung kampung pun tengah sibuk nak cek stok. Eh, dah pagi lah!

"Pagi ni, kalau untung kau bangunlah. Kalau tak untung aku sorang-sorang je lah."

Banyak.

Maaf, gua sangat mengantuk dan sedang tahan tidur. Oh sialnya gua.

"Terlampau banyak sesuatu menyebabkan sesuatu menjadi tak rare, tak bernilai dan sungguh poser. Sepertinya kau berada di tengah padang bola, dan kau lihat semua orang berpakaian. Nescaya, kalau ada yang sedang berbogel, yang bogel itu yang lu akan nengok dulu. Tak percaya? Sebab yang bogel itu, dalam konteks tadi, adalah sangat rare, bernilai dan tak poser. Sekurang-kurangnya dia lain. Oh sudahlah! Kenapa harus lu ikut berbogel, lu memang tak senonoh, lucah, tak berahlak, macam binatang, poser, dan perosak nilai. Kalau lu ikut sama berbogel, dalam konteks tadi. Tapi mungkin tidak kalau lu berbogel dalam konteks lain"

Maaf, gua tak sepatutnya merampas perkataan awek-awek, iaitu 'poser'. Oh sialnya gua!






Jun 22, 2010

Kena

Kenapa adalah kata tanya. Yang itu, gua rasa lu belum putus susu pun dah tahu maknanya. Kenapa aku tulis sebegini rupa tidak perlu banyak ditanya kenapa. Kerana kenapa boleh jadik kena apa.

Kenapa?

Pada gua, tak payah banyak sangat tanya kenapa, sebab gua tak mahir sangat jawab benda-benda ilmiah dan logik karma ni.

Kenapa?

Perasan tak lu, kenapa ni kalau salah cakap boleh jadik kelapa.

Kelapa?

Kelapa tu buah, dari spesis palma, yang kalau kita salah sebut sikit, dah boleh jadik kata tanya;

Kenapa.

Tambahan: Dammit, tumit. Kenapa tu, bahasa rasmi boleh dipakai pulak?

Lerang.

Pakai kain ni memang universal, versatil, macho, bujang-bujang, sukaramai, mesra alam, banyak angin, ala-ala samurai, jimat tenaga, jimat masa dan penuh sopan dan etika. Maaf, kain pelikat maksud gua.

Sebab tu pernah terjadik lagu 'Kain Pelikat' sambar carta nombor satu dalam stesen-stesen radio kerajaan.

Distorsi

Yang paling sedap masa gua tengah demam ialah bukan kerana dapat tidur dan dapat cuti sakit. Lebih kepada dia punya rasa masa demam tu. Demam tambah dengan flu memang paling mantap. Takde bau, makanan takde rasa, mata kabur-kabur, rasa macam nak terbang.

Yang paling sedap masa gua tengah demam ialah gua rasa masa jadik perlahan, kepala jadik ringan, hidung rasa tersumbat, cakap meleret-leret. Masa jadik perlahan, mungkin masa itu cuma satu garis imaginari. Sebab tu boleh mengalami distorsi.

Distorsi garis masa boleh jadik cepat/lambat. Cepat apabila gembira, lambat apabila rasa sebal. Aah, itu semua orang pun tau. Pelari 100m yang sedang dalam perlarian, mungkin mengalami perasaan distorsi masa. Menjadi lambat. Sedangkan penonton-penonton yang sedang teruja, sambil minum air dan bersorak serta melihat pelari itu menghabiskan lariannya, mengalami pengecutan masa; menjadi cepat.

Aah, itu semua orang pun tau.

Tapi aku tak pasti, adakah masa mengalami distorsi di dalam scene membeli beger, menunggu beger masak, dan makan beger mayonis tumpah-tumpah. Paling gua pasti, scene puasa-puasa memang tidak pernah fail dalam bab-bab mengembangkan masa; menjadi perlahan.


Jun 20, 2010

Jam.

Semalam, gua rasa gua dah boleh bikin Fear And Loathing In Las Vegas version gua. Tapi yang versi gua ni takde unsur-unsur kimia. Slek kamera je takda.

Kepada Malek,Wakdas dan king-king yang lain. Takde, gua nak test buat link je. kehkeh. Eh, tu aku rasa last trip dengan vannete Luie taun ni.


Nate.

Post yang ni aku palang, buang terus.

Terlampau ganas, banyak unsur-unsur zionis, banyak darah, ditulis dibawah pengaruh dadah, bahasa kasar, ada unsur-unsur freemason, ada unsur macdonald, banyak kicap, banyak bunyik, tak sopan, tak senonoh, dan terlalu awek-awek.

Post yang ni aku palang, edit semua.

Apa.

Apalah. Lain kali aku malas ah nak nengok cerita adaptasi buku. Tak syok, tak mendebarkan, tak ada stail, tak muda-belia, tak senonoh, tak warak, tak zuhud, tak amanah, tak istiqamah, tak selim dan tak bijak. Lagi-lagi kalau cerita dia lame nak mampus.

Nanti elemen seprais dia hilang, elemen berahi dia hilang, elemen pemanas dia hilang. Twist-twist cerita yang penulis dia buat dulu semua tak menjadi. Balik kuang plot dan watak pun hambar. Watak pelakon tambahan pun rasa nak sepak. Efek komputer pun lu boleh rasa nak telan. Sebabnye aku dah tau ending cerita tu. Sebabnya aku dah habis baca buku tu.

Apalah. Lain kali kalau lu dah tengok pun cerita tu duapuluh kuasa tiga billion kali pun. Jangan la nak cerita kat gua ape plot cerita tu secara berperingkat-peringkat. Tak syok, tak mendebarkan, tak ada stail, tak muda-belia, tak senonoh, tak warak, tak zuhud, tak amanah, tak istiqamah, tak selim dan tak bijak. Lagi-lagi kalau cerita tu paling boks ofis dalam dunia, memang badigol lah jadiknya filem tu.

p/s; aku menggalakkan korang membawa senjata ringan seperti sepit kuku, sendal pintu, dan sepit baju masuk ke dalam panggung. Kalau-kalau ada mahluk yang suka spoilkan mood korang, senang je nanti.

Jun 19, 2010

Enak

Peh, kenapa aku baru tau Jimi Hendrix ni lagu dia sedap woah!

Yang Woah! tu gua palang. Ape kes nak letak lirik jastin bibir pulak dekat sini. Faking hel sungguh nate bibir tu.

Yang Ini Bukan Jimi! Ini gambar potoshop paling legend.

Kalau gua tepat dan betul. Ni first time gua upload gambar dekat dalam post. Gua rasa memang gua dah tak boleh keluar la dalam scene tampal menampal ni. Dari tadika dulu dah gua mula berjinak-jinak scene tampal menampal ni. Tampal rumput dekat dalam hasil pendidikan seni pun gua pernah buat. "Untuk kasik efek hijau alam dia naik", gua kabo dekat cikgu. Sampai la ni, gua dah nak masuk kolej pun, gua kena desak jugak buat kerja tampal-tampal ni. Cilaka. Lu tak angin ke kalau lu dah sedap potong-potong barang fotostet, sekali lu salah tampal.

Mirip.

Dulu gua dah ada plan dah nak bikin satu post spesial punye, edisi mencarut. Nanti senang sikit, agak-agak nak marah-marah je gua secara petir terus kopi pes je link post ni dekat fesbuk ke, dekat blog ni ke, dekat shoutbox orang lain ke. Kan senang dan berkaliber itu macam. Hehe. Jimat kertas dan air liur pun ya. Dah jimat kertas maksudnya gua dah selamatkan pokok. Jimat air liur, automatiknya gua boleh buat air liur tu ke benda lain. Ludah jalan misalnya.

Tapi sampai sekarang gua malas nak tulis post begitu rupa. Tak senang duduk gua nanti. Boleh jadik metro terus buat headline blog gua ni. Lepas tu gua boleh kena marah dengan cikgu-cikgu gua Masyarakat pun boleh daring aku lain macam, paling hina lagi, pengemis-pengemis pun taknak terima sedekah gua. Ha apa kes? Senyum pun sedekah beb.

Kalau nak ikutkan. Mencarut ni pun ada seni dia. Yang itu gua belum mahir lagi. Nengok lah dulu nanti, kalau esok kaki gua tersepak bucu robok, gua kasik post la entry mencarut gua.

Kalau gua mencarut dekat blog ni, peh memang awek-awek la taraf gua nanti. Hehe.

Jun 15, 2010

Nampak

"Mulut gua ada mata ikan."

Gua cakap ni lu jangan sampai tak caya pulak. Sekarang aku boleh nengok dalam mulut gua, tak payah pakai cermin. Superman pun boleh jadik kaki masjid kalau tau pasal ni.

Sep

Kalau hari-hari gua bangun tidur. Hari-hari jugakla gua nampak kipas.

Kalau hari-hari aku mengadap komputer. Hari-hari jugakla aku nampak fesbuk.

Kalau hari-hari aku bukak tv. Hari-hari jugakla aku nampak iklan.


Tapi tadi, gua bangun tidur gua nampak nasik. Gua mengadap komputer, gua nampak nasik. Gua bukak tv, gua nampak nasik.

"Ni semua Freemason punye kerja la ni." Ha. Ha!
Fakingla. Alimkusing ni menatang apa pulak?

Du. Du. Dum. Dum. Dam. Dam. Dap. Dap. Lap. Lap. La. La.

Kata Dasni, "nampak tak kaitan dia?"

Kata Meon, " dari sini kita boleh nampak permainan dia?"

Kompeni

"Langit tu dah tak mencerminkan warna laut. Hari ini hujan!"

"Tak-tak. Hari ni rahmat turun. Hari ni kedai kopi tutup"

"Hari esok, langit kabut lagi tak?"

[,]

"Hari ni hujan lagi. Langit kabut lah!"

"Kedai kopi tutup lagi. Hari ni rahmat turun lagi."

"Tapi hari ni hujan bawak petir sekali lah!"

"La, kan rahmat tuhan tu melebihi murkanya."

[,]

"Op! Op! Kedai goreng pisang tak bukak hari ni? Hujan lagi?"

Jun 12, 2010

Lurus

Tak berat jugak kalau gua cakap, takdir dan hidup itu. Secara matematiknya tidak linear. Ngehngeh. Gua tau. Lu macam pernah dengar.

Heh. Secara matematiknya tidak linear, satu dot mampu menyambung kepada lebih daripada satu dot, tetapi hanya satu dot pada setiap sambungan.

Yang paling best. Dah sambung tak boleh undur, sebab secara matematiknya ia tidak lurus.

Yang lagi best. Kalau lapar, dapat makan nasik.

The Best part. Indeed the most exciting one ; you heard people screaming in agony of how they can't turn back that time. Kehkehkeh

Gosong

Fikiran tu ibaratnya macam jalan. Sebab tu kadang-kadang ada idea terlintas di fikiran.

Idea tu ibaratnya macam manusia. Sebab tu kadang-kadang ada idea melintas di fikiran.

P/s; yang jenis ni memang macam tua-tua.

1.618

Gua tak percaya.

1.618?

Kalau letak dalam blog ni ngam tak?

1.618.

Angin

"Bila gua dah kasik pukul canang. Lu dengan stedy pergi musnahkan dia secara total."

"Secara total?", balas Naim Rambut Kuning.

"Kalau macam tak berapa nak steady je, lu patah balik. Lapor sama gua. Kita kawtim baik punya", arah Badiuzzaman lagi.

Red Alert 2, Kalau tak ye, ye. Boleh tahan melarut jugak.

P/s: Gua baru tau p/s tu post script. Wakjadah