May 24, 2010

Asap.

"Aku tengah panas ni, kau cerita pasal main tangkap berudu pulak."

"Beb. Jangan lupa asal-usul. Bahaya jenis nombor satu tu kalau lupa asal-usul. Layak kene lesing"

Zamri yang tengah panas, rasa nak insaf dengar kata Sanusi.

"Kalau petang ni kau tak lepak kolam. Nanti berudunya dah tumbuh kaki dhol!"

"Aaa, ye la. Ye la! Nanti aku datang la. Siap bawak sekali cawan nescafe 'Ong baik" tu."Jawab Zamri bernada cilaka.

"Orait! Kalau ko tak datang memang parah. Mau hari-hari aku bilang 'terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tau' dekat kau. Ye kau seorang. Tiap-tiap hari punya."

Teriak Zamri, maksimum punya volume;
"Beb. Jangan lupa asal-usul. Bahaya jenis nombor satu tu kalau lupa asal-usul. Layak kene lesing."

No comments: