May 25, 2010

Cepat

Ergh, dah pukul sepuluh setengah.



Sama ada lu seorang ahli korporat, ataupun ada title "Datuk-datuk". Jangan tak bukak tv3 sekarang.




Yang bukan jenis ahli korporat. Tidur. Esok bangun awal.

Cis.

May 24, 2010

Asap.

"Aku tengah panas ni, kau cerita pasal main tangkap berudu pulak."

"Beb. Jangan lupa asal-usul. Bahaya jenis nombor satu tu kalau lupa asal-usul. Layak kene lesing"

Zamri yang tengah panas, rasa nak insaf dengar kata Sanusi.

"Kalau petang ni kau tak lepak kolam. Nanti berudunya dah tumbuh kaki dhol!"

"Aaa, ye la. Ye la! Nanti aku datang la. Siap bawak sekali cawan nescafe 'Ong baik" tu."Jawab Zamri bernada cilaka.

"Orait! Kalau ko tak datang memang parah. Mau hari-hari aku bilang 'terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tau' dekat kau. Ye kau seorang. Tiap-tiap hari punya."

Teriak Zamri, maksimum punya volume;
"Beb. Jangan lupa asal-usul. Bahaya jenis nombor satu tu kalau lupa asal-usul. Layak kene lesing."

Pantelon.

Hari-hari biasa aku nengok Pakcik Musang janitor tu. Perangai dia alim-alim je. Oh. Masa aku ponteng semalam. Agak ada macam cilaka juga.

Handal betul dia cutting pantelon dia kasik 'boot cut'.

Hari esoknya. Aku nampak dia, kasik clear longkang. Muka steady je. Djarum pun ikut lenggok mulut dia, tak jatuh-jatuh.

Lepas-lepas itu. Selalu jugak aku dengar dia feel lagu "Cintaku Sampai ke Ethiophia".

Biasa. Orang lama.