Apr 29, 2010

keluar.

"If there's something isn't right. You're that thing." Kata Sanusi kepada sesape entah. Mantap cakap omputihnye, ada nak iras-iras Pual Moss cakap melayu. Muka pun eksyen semacam je. Macam baru dapat gaji kilang simen pun ye.
Sekali nengok, mase die tengah cakap tu, tangan dia berat nak ke angkat-angkat. "Dalam usia muda dah ada bakat nak jadik hos aduan rakyat dia ni" kata Zamri kepada gua. Sejurus selepas Sanusi menghembus nafas naga kuat-kuat.
Zamri sambil menengokkan Sanusi, dia telan gebiskon banyak-banyak. Katanya, "Gebiskon nie boleh ilangkan pedih hulu hati. Tak tau pulak kalau boleh hilangkan sakit hati sekali." Ha. Ayat dia memang boleh bikin gua nak order BMW 7 Series sebijik secara turbo dekat situ jugak.

"Haiya sikalang semua pun kena pakai kod aaa. Ini Cd ada beribu-ribu, kalau tak pakai kod, susah maa mau carik. Itu komputer pun sikalang kalau takde kod pun tak buleh function ape.", dengar Luie dengan penuh yakin. Kali ni, takde lagi Lawak Keng.

No comments: