Apr 2, 2010

Angin.

"Gua rase, gua dah tak macam gua yang dulu la." Kata Sanusi kepada Zamri. Konfiden, sambil mengunyah-nguyah kuaci bunga berbungkus plastik. Ala, yang jenis beli nanti ada kad tikam tu.

"Lu rase lu ape?" Jawab Zamri. Dia sebenarnye endah tak endah aje kate Sanusi tadi. Dah lima bungkus, 'Terima Kasih' manjang. Patah hati jugak Zamri kalau diteruskan sebegitu.

"Eh, kau dah kenape? Gua rase gua nak jadik keretapi la beb." Kali ni, die sembur kulit kuaci yang die kunyah tadi. Ngam-ngam kene dekat batang idung nyonya jual hembeger.

"Ini siapa olang ade semburt sama hidung saya?" Sanusi gopoh-gopoh, sempat sorok kuaci dalam beg. Satu sisa bukti pun takde pada die.

"Waklu!". Jerit Zamri kepada member asingnye. Rikardo.

Lalu Rikardo pun senyum simpul. Rambutnye botak tepi. "Brrrrrrrrrrr!!!"

Tiba-tiba, bas yang dipandu Debid sampai. Dan Debid pun menyikat rambut. Rambut Debid pun jadik Rock And Roll. Dan Debid punye rambut ade yang gugur-gugur. Yang gugur-gugur tadi tu, meletup. Ade keluar asap nipis-nipis.

Tibe-tibe Debid ada ramai. Semua rambut die Rock And Roll. Debid asal muke ade senyum. Dia mula bersiul-siul gembira. Sanusi syak lagu "Cekodok bawah Tilam". Zamri bantah, "perigi buta".

Rikardo? "Brrrrrrrrrr!"

No comments: