Apr 29, 2010

keluar.

"If there's something isn't right. You're that thing." Kata Sanusi kepada sesape entah. Mantap cakap omputihnye, ada nak iras-iras Pual Moss cakap melayu. Muka pun eksyen semacam je. Macam baru dapat gaji kilang simen pun ye.
Sekali nengok, mase die tengah cakap tu, tangan dia berat nak ke angkat-angkat. "Dalam usia muda dah ada bakat nak jadik hos aduan rakyat dia ni" kata Zamri kepada gua. Sejurus selepas Sanusi menghembus nafas naga kuat-kuat.
Zamri sambil menengokkan Sanusi, dia telan gebiskon banyak-banyak. Katanya, "Gebiskon nie boleh ilangkan pedih hulu hati. Tak tau pulak kalau boleh hilangkan sakit hati sekali." Ha. Ayat dia memang boleh bikin gua nak order BMW 7 Series sebijik secara turbo dekat situ jugak.

"Haiya sikalang semua pun kena pakai kod aaa. Ini Cd ada beribu-ribu, kalau tak pakai kod, susah maa mau carik. Itu komputer pun sikalang kalau takde kod pun tak buleh function ape.", dengar Luie dengan penuh yakin. Kali ni, takde lagi Lawak Keng.

Apr 8, 2010

Api.

Sanusi terkial-kial, Tergaru-garu. Kepalanye berambut afro itu, digaru-garu. Pening sangat agaknya kali ini. Dari tadi dia terhiling-hiling. Cari apa? Sekali garu, habuk-habuk semua up. Macam salji dalam cermin. Selebet.


"Eh, kalau aku masuk. Aku kene diri tengah. Aku kan tonjang."


Menusuk beb, masuk dalam. Tak keluar punya.


Sanusi telefon bomba. Kalau-kalau, air boleh kasik tenang.
Bomba kata:
"Erkk. Pergi telepon Polis Marin."

Sanusi mengeluh.
"Phew."
Kalau ada kolam renang. Sanusi dah beli pelampung dari tadi.


Lompat

Ada suatu negeri. Namanye baru ditukar. Negeri Tepuk.

Tepuk, tepuk, tepuk! Tepuk, tepuk, tepuk!

Rajanye seorang kurus, tapi tak berape nak kedengking. Kate orang sedap-sedap badan aje. Disebabkan raja itu baru sahaja nak memegang kerajaan. Maka ditukar nama negerinya itu. Negeri Tepuk.

Tepuk, tepuk, tepuk! Tepuk, tepuk, tepuk!

Kate rakyat dekat sana. Selain suka korek hidung, kalau dengar orang tepuk. mereka kene tepuk sekali. Tepuk tangan.

Tepuk, tepuk, tepuk! Tepuk, tepuk, tepuk!

Kate die lagi. Raja Tepuk tu marah kalau rakyat taknak tepuk. Tahap dia marah memang tak ingat. Pernah sekali tu, ada kes orang kene sepak sebab tak tepuk, mase dengar orang lain tepuk. Tepuk tangan.

Tepuk, tepuk, tepuk! Tepuk, tepuk, tepuk!

Raja itu berbaju kemeja bercorak hawai. Rambut die botak tepi. Jadi dia pakai topi pesawah. Janggut die panjang ikut musim. Leher die ada halkum. Jangan risau.

Tepuk, tepuk, tepuk! Tepuk, tepuk, tepuk!

Ada suatu negeri, namanye baru bertukar. Negeri Tepuk.


Apr 4, 2010

Mutakhir.

Selepas tak mampu menghidupkan dirinya, CPU gua telah dihantarkan ke sebuah kedai servis komputer. Kedai tak jauh sangat. Tapi kalau jalan kaki sambil bawak kotak biru neh. Makan jam jugak nak sampai. Kalau peluh agaknye, tak cukup secawan.

"Power unit short. Mau tukar sama yang baru ka?"

Ape kes lipas masuk dalam cpu gua? Ade makaroni ke ape? Mati kejung pulak tuh dekat power supply. Ngam-ngam je die punye port. Da macam tengah baring pun ade. Selebet.

Bangla pun Bangla la.

Apr 2, 2010

Angin.

"Gua rase, gua dah tak macam gua yang dulu la." Kata Sanusi kepada Zamri. Konfiden, sambil mengunyah-nguyah kuaci bunga berbungkus plastik. Ala, yang jenis beli nanti ada kad tikam tu.

"Lu rase lu ape?" Jawab Zamri. Dia sebenarnye endah tak endah aje kate Sanusi tadi. Dah lima bungkus, 'Terima Kasih' manjang. Patah hati jugak Zamri kalau diteruskan sebegitu.

"Eh, kau dah kenape? Gua rase gua nak jadik keretapi la beb." Kali ni, die sembur kulit kuaci yang die kunyah tadi. Ngam-ngam kene dekat batang idung nyonya jual hembeger.

"Ini siapa olang ade semburt sama hidung saya?" Sanusi gopoh-gopoh, sempat sorok kuaci dalam beg. Satu sisa bukti pun takde pada die.

"Waklu!". Jerit Zamri kepada member asingnye. Rikardo.

Lalu Rikardo pun senyum simpul. Rambutnye botak tepi. "Brrrrrrrrrrr!!!"

Tiba-tiba, bas yang dipandu Debid sampai. Dan Debid pun menyikat rambut. Rambut Debid pun jadik Rock And Roll. Dan Debid punye rambut ade yang gugur-gugur. Yang gugur-gugur tadi tu, meletup. Ade keluar asap nipis-nipis.

Tibe-tibe Debid ada ramai. Semua rambut die Rock And Roll. Debid asal muke ade senyum. Dia mula bersiul-siul gembira. Sanusi syak lagu "Cekodok bawah Tilam". Zamri bantah, "perigi buta".

Rikardo? "Brrrrrrrrrr!"