Mar 29, 2010

Tiris.

Tatkala Badiuzaman sedang merangkak. Sanusi dah pandai membatang. Satu satu Sanusi membatang. Kate saje ape-ape huruf. Alif? Kap? Lam? Be? Te? Semua dia dah reti batangkan.
Tapi itu tatkala Badiuzaman sedang merangkak. Mase Badiuzaman dah beso-beso budak tadika. Die dah reti main senapang kayu, satu-satu member die kene tembak. Termasuk la Sood Kumbang. Yang kalau kene tembak mesti die tengah korek hidung. Itu mase Badiuzaman dah reti mintak makan tembikai. Dulu. Sekarang.

Mase lepas itu. Lepas itu. Masa sekarang. Sekarang.
Katenye Zamri, esok die nak mandi sungai. Sampai sekarang die tak jumpa lagi geng yang sudi ikut. Kate Zamri, kalau mandi sorang-sorang, baik mandi dalam bilik air. Air paip pun warne sungai jugak. Cuma takde ikan aje. Tambah Zamri.

Sebelum itu cerah. Sesat, gelap. Pulang, cerah. Macam lampu halogen. Forklift ada lampu halogen? Aku syak, Samad drebar forklift tu ada simpan perewangan. Aku pun ade simpan jugak. Tapi bukan perewangan. Bende lain. Tak berape nak gempak. Kalau beritau pun lu orang x ternganga mulut. Paling koman pun 'Eleh' aje. Kalau paling tak koman. "waklu!".

Selepas dueposen. Sanusi perlu memantapkan tempo die. Empatposen. Seterusnya lapan posen. Ah. Die malas dengan kelas rekorder. Katenye tak jantan. Lalu die memohon kelas kastenet.
Ah, katenye barula dapat feel. Baru la boleh bertandak.
Katenye lagi," kalau gua tutup mate main kastenet neh, lagi 'mari' feel die.

Kalau tiba musimnye. Merah jadik itam. Kuning jadik merah. Hijau jadik masak. Kalau ade mase lagi nak tiba musimnye. Kalaulah. Kalau.

Mase tu Dwayne Johnson tengah tak berape 'in' dengan Steve Austin. Dwayne Johnson ade geng. Ramai. Muka asik nak pakai spek itam aje kerjenye. Steve Austin pulak, memang kemaruk Beer.Sikit-sikit cheers. Sikit-sikit nak pakai vest ngan spender.
Kalau ada time tu tengah panas. Memang banting-banting. Kejap menang, kejap kalah. Lepas kalah. Kalah. Menang, lepas menang.

Badiuzaman sedang bertenang atas sofa. Die baca suratkabar. Muka berkerut-kerut. Muka tak macam siput. "Wakarima!" Katanye separuh ketawa. Sanusi, selepas mendengar sorakan badiuzaman. Tidur. Ngences bagai bantal seperti singki. Heh. Kalau minyak motor banyak. Air liur Sanusi dah macam minyak Lori.

Di telebisyen. Teletubbies baru nak bangun tidur.


No comments: