Mar 5, 2010

Sembilang.

"Adapun sembilang itu adalah sejenis ikan yang mahsyur. Dari zaman dahulu, masa atuk aku mula nak menoreh. Sampai sekarang, masa budak-budak main pasir dah ada henfon.
Ikan sembilang pula adalah bukan calang-calang ikan. Aku pernah terai. Konon-konon nak lumba berenang dengan diorang. Belum sempat pengadil nak ambil nafas selepas meniup wisel. Diorang dah jauh ke depan. Sebatu-dua. Agak aku.
Tapi sekarang. Ikan sembilang dah malas nak duduk laut. Katanya. Nelayan dah tak sayang dia lagi. Aku kesian jugak. Tapi berehat sahaja dengar setetmen Sembilang tersebut. Lagi pun aku tak mahir. Dalam meminati keenakan Sembilang nih.
Sembilang kata. Dia nak pindah rumah epartment pulak. Dia kata. Dia suka tempat tinggi. Kalau susah boleh naik lif. Dengan mendengar kata-kata sembilang tersebut. Aku rasa macam nak minum milo."
Kata Sanusi kepada Zamri dengan panjang lebar. Lebih lebar daripada Osman Lebar. Jiran mereka satu zaman dahulu. Jiran yang mereka tak beberapa nak mesra. Kecuali musim kuini. Oh ya.!Osman Lebar barai mukanya.

Lalu Zamri berdiri tegak-tegak. Muke ketat. Tapi tak berpeluh.
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di
tapak tangan;
Tuan jauh negeri satu,
Hilang di mata di hati jangan.

Kuat Sanusi berdengkur.

6 comments:

perempuan gilaa said...

aku tak makan ikan sembilang xP

Jebon said...

Aku tak makan ikan paus!

demang said...

sembilang sdp lahanat.....

perempuan ranap said...

kau makan perut kau lagi besar XD

sembilang ngn keli rasa de sama?
keli aku makan sembilang tak.;p

Winston said...

Makcik Timah masak sedapla.

Anonymous said...

sembilang pernah berkata
umno untuk perpaduan
undilah sembilang utk kms
(kami makan sembilang)