Mar 3, 2010

Pusing.

Kalau dah sampai dekat dinding. Jangan lupa patah balik.
Kalau dah sampai dekat tepi longkang. Jangan leceh. Patah balik.

Kalau dah sampai dekat tebing. Jangan panik. Pusing balik.


Kadang-kadang, aku terlupa 3 arahan semudah itu. Tak tau aku, terlupa kerana apa. Atau aku sengaja buat-buat lupa. Atau aku sudah ingat. Tapi bila perlu diguna, hati jadi tinggi. Bongkak betul.

Lalu aku lupa nak endah. Lantas terjatuh. Terhantuk. Terlenjun.

Bila terjatuh, terhantuk, terlenjun. Aku akan rasa shock. 2-3 saat paling cepat. Sehari setengah paling baik. Itu normal. Feedback daripada 3T tadi. Minda kita akan disulami, sensasi terkejut. Dan akan memasuki fasa pemulihan.

Selepas pemulihan. Otak aku akan menyediakan satu folder, dalam berjuta direktori-direktori memorinya. Khas untuk memberikan kesan penyesalan. Selepas menyesal. Akan berlaku lagi fasa pemulihan.

Dalam masa itu. Bukan mudah. Ada yang tak tahan. Ada yang ke doktor. Ada yang jumpa pusher. Ada yang jumpe kaki. Otak aku akan ajar aku apa yang aku perlu buat, tapi hakikat. Hati yang mengawal otak. Dan otak yang mengawal aku?

Secara superior. Hati yang mengawal apa kelakuan aku.
Apa jenis hati yang kita ada. Bergantung kepada pusingan sekeliling kita. Dan apa jenis ransangan yang diterima oleh deria 5 kita.

Maka wujud istilah, Hati Batu. Hati Busuk. Hati Lembu. Hati Sekilo Rm15. Hati Semput. Hati Kuman Sama Dicicah. Dan bermacam-macam lagi. Dan nama-nama ini. Biasanya digelarkan menurut perlakuan dan peradaban seseorang. Dan juga Masyarakat.

Oleh itu, aku akan menyesal. Atau trauma, dengan 3T tadi. Lantas memberi isyarat. Kepada hati aku. Untuk mencari akal. Akal untuk melakukan perihal yang boleh menghilang gundah. Gundah gulana. Bukan gulai tempoyak. Mahupun Gulam Fotostat. Gula-gula kapas boleh dipertimbangkan.

Maka selapas pulih. Aku akan bergerak lagi. Langut kedepan. Jarak 12 saat. kalau-kalau ada parit, aku elak. Kalau-kalau ada dinding, aku pusing. Kalau-kalau ada tebing, aku tukar kepada gear rendah. Gunakan sistem mampatan gear. Dan tekan brek perlahan-lahan.

Sampai 2 jam. Aku tak mungkin berhenti. Walau kepala dah pitok. Aku mungkin akan terus berjalan. Lalu. Nah. Aku ke parit lagi.


Maka disitu ia berpusing. Berpusing. Dan berpusing. Sampai ianya. Hilang daya pusingan.







No comments: