Mar 1, 2010

Laris.

Sanusi lapar. Zamri turut lapar. Perut Sanusi berkeroncong. Zamri, perutnya berbatu kapak. Sanusi dah ada L. Zamri tengah tunggu lulus komputer. Sanusi ingat, bapak dia ada tinggalkan kereta. Zamri ingat dia ada jumpa duit, port bapak dia nak beli tiket.

Dekat luar rumah. Sanusi dengar bunyi kereta nak start, berkedek-kederek. Zamri, dekat luar rumah, dengar bunyik vrooom.

Tau-tau, Sanusi dengan Zamri dah sampai dekat sebelah longkang besar negara. Berhenti kereta Dutsun ikan tu.

Body lama, enjin lama. Flat pon JX 1568. Warna biru kereta tu, da campur warna kuning-kuning sikit. Dekat tepi belah tempat isi minyak, ada contengan. " LETAK DIESEL AKU TAKNAK JALAN. " Warna merah.

Kemungkinan besar diorang sendiri yang sembur, guna cat aerosol basikal. Saja-saja. Kononnya dulu nak beta dengan sticker Mohawk jiran sebelah punya kereta Waja bikin-bikin.

Berdasarkan kedudukan lampu kereta Dutsun ikan tu. Aku agak diorang hendak pergi isi perut. Dari pagi tadi diorang berdua tak makan sebutir nasi. Cuma-cuma minum air sirap selasih aja. Itupun Zamri punya idea.

Sementara tengah tunggu traffic light bertukar jadik The Hulk, Sanusi bergendang-gendang dekat hendel kereta tu. Lagu-lagu rakyat, syak Zamri. Sebelum dibetulkan Sanusi. Mama Saya Mahu Makan.

Secara tiba-tiba muncullah pulak sepucuk kereta, warna putih. Yang Zamri sendiri, seorang bijak pandai kereta, tak kenal dari spesis ape tah kereta tersebut. Nak kata Evo, macam Kancil. Nak kata Kenari, macam Pajero. Sanusi tak kisah.

Ngam-ngam kereta tuhan-aja-tau-namanya port sebelah driver sebelah Dutsun Ikan bapak Sanusi tu. Zamri, ulang-ulang cuba menjengul kepala dia. Dia tak puas hati selagi tak tau apa spesis kereta sebelah kereta bapaknya itu.

Tiba-tiba. Kereta sebelah tu, kelihatan tingkap tinted 75% dia, turun-menurun. sikit-sikit. Mungkin bukan power window.

Sanusi toleh kanan. Dia terus pecut kereta dia. Dia tak kisah kene saman ke tak. Dalam diam dia lupa, salah ke kalau dia langgar lampu merah. kalau dia langgar lampu kelip-kelip? Kalau dia langgar lampu kereta, dia tahu. Kena penumbuk. Peluh-peluh membutir dekat mukanya. Dah macam Aizat perform. Selekeh, kata jiran dia.

Kereta putih tu bunyikkan hon lima-enam das. Berirama macam the RoadRunner. Tin-tidi-tin-tin. Tin-tin.

"Eleh poyonya.Aku bukan nak buat pape pon" Garau-garau ayu suara driver kereta tu.

Belum sepuluh tiang, Zamri dekat tepi dah muntah-muntah. Kalau ikutkan perasaan dia, dia nak muntah darah terus.

Sambil tangan Sanusi memegang hendel Dutsun Ikan tu. Dia tepuk belakang Zamri banyak-banyak kali. Dia dulu taukeh kompang dekat asrama. Kesian dah aku nengok Zamri.

Kedai sate legend dekat situ tutup. Zamri lupa malam ni malam Selasa. Bomoh pelaris tersohor, cakap kedai tu tak boleh bukak malam Selasa. Takde Ong nanti.

Sanusi geleng-geleng, bersiul-siul sambil. Irama lagu 'Kami Guru Malaysia'.

No comments: