Mar 18, 2010

Isyarat.

Aku dah stemet-stemet (baca: estimate). Agak-agak telefon aku brick lagi. Aku nak buat unggun api besar gajah kat atas bumbung bangunan tu. Kasik isyarat asap dekat Luie. Bagitau suruh jemput gua dekat situ.
Tapi tepon gua, tak brick. Muke pun senyum je. Takde unsur-unsur mumet.

[,]

Pagi tu kitorang tak tidur. Bantai Pes 2009. Main pakai sape kalah blah. Larut jugak gua main PES neh. Dah berzaman jugak aku tak menang. Sekali jerk dapat seri. Kehkehkeh.
Luie sepuluh menet sekali. Tepuk-tepuk bahu gua. Aku nengok die sebelah mata je. Ade sekali tuh, die tepuk, aku hilang fokus. Bolos.
Dia boleh sengih. Aku diam aje, lagipun aku pun sama jugak.

Dekat kedai, aku nengok Drogba sebelah hitam, sebelah putih. Aku nampak die main tukar-tukar kasut. Sejuk punye sejuk. Gol sebijik. Tupun aku pandang sebelah mate. Lagi sebelah mata aku nengok. Ade mamat nih, punye tangan. Angkat semacam. Aku syak tengah taun neh, die ganti Sarkawi Jirim.

Tengah jalan nak balik port. Toleh kiri-kanan. Kot-kot ade entiti. Aku nampak, Signboard. JALAN KE KUBUR. Aku nak senyum pun segan, nak ketawa dah malas.
Dekat sofa, ngumpat barang patut. Tidur mase Subuh.

Nota: Untuk efek yang lebih hebat. Baca post neh dengan nada " Tunjukkan I.C dan lesen". Sambil muka kasik setting ketat, dan mata separuh terjegil.

Iklan : Char Kuey Tiau D'Selatan. Dekat-dekat dengan Esso parit Raja. Memang sedap macam lemang. Jangan tak try.



No comments: