Mar 10, 2010

Hitam.

Aku bangun pagi haritu. Aku pergi beli sarapan. Konfirm aku dah mandi. Jangan risau, khuatir. Sampai dekat kedai. Aku nengok semua orang nengok aku lain macam. Taukeh yang curi tulang terus pura-pura kira duit. Yang tengah berbual terus berbual. Yang tengah tunggu baki duit. terus kata"Simpan baki ye."

Aku pun tak faham.

Alih-alih, ade makcik kate. Aku agak dia taukeh jugak. "Dik, kau minat M.U eh?"

"Hek eleh ape barang cik. Jauh bebenar M.U dengan Anfield cik. Waklu lah."

"Eleh. Main tipu-tipu pulak. Dah pakai t-shirt m.u minat m.u la. Sikopet punye budak."
Sambil menjelir lidah. "Makcik minat chelsea"

Cis, aku rasa nak bakar terus baju tu. Sampai hitam dia hilang.

Susah-susah, aku tukar lencana setan tu, jadik lencana SPRM. Kurang malu aku. Balik tu aku ulang-ulang nyanyi Dendang Perantau. Tak tau kenapa.

No comments: