Mar 1, 2010

Gusar.

Seronok. Kalau le aku boleh dengan hebat dan mahsyurnya. Mengawal aku punye takut.

Takut.
Siapa sahaja yang tidak takut. Siapa aje yang korang kenal tak tahu apa itu takut. Dan takut tu. Untuk setiap orang pulak berbeza-beza.

Samid mungkin takut minum. Dia kata takut tak turun-turun. Ali,ali.
Sazali mungkin takut potong rambut. Dia kata rambut dia kalau potong meraung.
Markonah mungkin takut tengok tibi cerita Lalola. Seksi sangat kata dia.
Halimah mungkin takut kucing berak atas rumah. Katanya dia pernah kene belasah masa berak depan tibi.

Takut tu juga penting. Tanpa takut, anda tak boleh hidup dekat Malaysia. Di Maghribi, Malawi, dan Negeri Awan juga. Tidak mungkin sampai tahap mati. Mungkin sekurang-kurangnya korang tak boleh hidup dengan stailo, asyik-mahsyuk.

Abu tak takut berbogel di khalayak ramai. Katanya wajib tayang.
Sabun tak takut kene jual. Katanya dia datang dari kilang Lifebuoy.

Tu yang sampai sekarang, gua bercita-cita nak kawal takut. Masa perlu takut, baru takut. Masa biasa-biasa tak payah takut.

Bila gua takut, gua tadah. Bila gua tadah, gua makin dekat. Makin dekat, makin gua hilang takut.
Bila korang tak takut. Korang biar lepas. Satu pun tak hirau. Satu pun korang sangap aje. Lepastu, sesuatu pecah. Tarikh dan masa yang pecahkannya. Dan demi sesuatu yang korang anggap besar. Korang tilik sana. Tilik sini. Korang nak tahu pasal bendetaklah tu. Sikitpun korang dapat info pasal sesuatu itu. Korang dah lega. Biasa info yang korang mesti nak biasanya. Berkaitan waktu. Berkaitan tempat.

Maka sesuatu yang besar itu. Anda tahu bila ia akan pecah. Anda tak akan takut semasa ia pecah. Tapi terima kasih kepada kacang dekat otak, dan Adrenalin yang berterumba dalam terowong-terowong elastik. Korang akan takut. Hanya apabila, tarikh ia pecah akan tiba. Sperti satu jam, dua jam sebelum. Cis. Risau namanya.

Ah. Aku sangat berharap aku dalam kondisi takut. Takut seperti orang yang takut. Aku takut aku makin jauh. Cis.

Nak hilang takut? Macam aku rasa?. Heh. Orang bodo je tak takut.
Pergi setan. cis.cis.cis.
Susah-susah tidur.Susah-susah tidur.

No comments: