Mar 10, 2010

Alih.

Sanusi sedang sedap-sedap duduk di atas katil beliau, semasa Ajis sedang makan maggi. Lalu ajis bertanya. "Beb aku ingat nak belajar berkata dalam bahasa German la beb. Amacam?"

Sanusi tengah tekun ni. Baru tadi dia dapat kutip dua ekor semut laga. Spesis semut yang paling rare sekali pada masa itu. Dia jawab sepatah. " Gasak ko la".

Ajis yang tak puas hati dengan respon sanusi terus menyambung. "Waklu, gua berkata benar ni, lu muka boleh cool je. Panas betul la macam ni".

Sambil mempamerkan isyarat lucah di jarinya kepada Ajis, Sanusi bangun. Lantas mengambil Produk Yang Iklannya Orang Tough. Dia pancitkan beberapa pancitan aerosol tersebut. Terkulat-kulat, atau mungkin tersemut-semut. Semut laga dua ekor tadi berguling-guling. Ala-ala orang kene geletek.

Sanusi menghela nafas lega.
"Ajis, lain kali jangan nengok porno banyak sangat".

Sanusi pun merampas maggi kap Ajis. lalu menghirup sambil bergelek. Lalat masuk mulut Ajis.

No comments: