Mar 30, 2010

Melata.

Pagi tadi, kuning matahari. Lain macam. Duduk aku atas bukit. Ade peluh sebutir dua. Tak banyak, tapi selekeh. Dekat atas bukit tu. Panorama die dah lain macam. Nun jauh dekat bawah tu, aku nampak pelik-pelik. Pelik die memang x pelik sangat. Tapi boleh le kalau nak kata pelik. Sebab katanye Badiuzaman, pelik itu abstrak. Sebelum dia tersungkur, kene tiup dengan Wakarima.

Pagi itu, kancilnye banyak lain macam. Banyak... Ah malas nak sambung.
Wakarima. Orekareka. Orekareka.

Kalau aku bawak busur sama anak parang. Aku ingat tak daya aku nak tusuk kancil-kancil itu.

Giler ke? Keras beb. Lagipun kancil-kancil tu, dekat atas padang. Berjuta-juta hendaknya. Tak sampai juta, berpuluh je. Ada yang nak naik bukit, ade yang nak masuk kandang, ada yang nak main pusing-pusing. Semuanya pun kancil. Semuanye pun Kancil. Semuanye pun keras. Isk.Isk.Isk.

Kalau aku bawak busur sama anak parang. Aku ingat tak daya aku nak tusuk kancil-kancil itu.


Kadang-kadang, kancil naik bukit, main ribas-ribas. Ada jugak yang main 'a.e.i.o.u. batang kayu' dekat padang.
Tenang je muka. Ye lah... Kancil.

Mar 29, 2010

Tiris.

Tatkala Badiuzaman sedang merangkak. Sanusi dah pandai membatang. Satu satu Sanusi membatang. Kate saje ape-ape huruf. Alif? Kap? Lam? Be? Te? Semua dia dah reti batangkan.
Tapi itu tatkala Badiuzaman sedang merangkak. Mase Badiuzaman dah beso-beso budak tadika. Die dah reti main senapang kayu, satu-satu member die kene tembak. Termasuk la Sood Kumbang. Yang kalau kene tembak mesti die tengah korek hidung. Itu mase Badiuzaman dah reti mintak makan tembikai. Dulu. Sekarang.

Mase lepas itu. Lepas itu. Masa sekarang. Sekarang.
Katenye Zamri, esok die nak mandi sungai. Sampai sekarang die tak jumpa lagi geng yang sudi ikut. Kate Zamri, kalau mandi sorang-sorang, baik mandi dalam bilik air. Air paip pun warne sungai jugak. Cuma takde ikan aje. Tambah Zamri.

Sebelum itu cerah. Sesat, gelap. Pulang, cerah. Macam lampu halogen. Forklift ada lampu halogen? Aku syak, Samad drebar forklift tu ada simpan perewangan. Aku pun ade simpan jugak. Tapi bukan perewangan. Bende lain. Tak berape nak gempak. Kalau beritau pun lu orang x ternganga mulut. Paling koman pun 'Eleh' aje. Kalau paling tak koman. "waklu!".

Selepas dueposen. Sanusi perlu memantapkan tempo die. Empatposen. Seterusnya lapan posen. Ah. Die malas dengan kelas rekorder. Katenye tak jantan. Lalu die memohon kelas kastenet.
Ah, katenye barula dapat feel. Baru la boleh bertandak.
Katenye lagi," kalau gua tutup mate main kastenet neh, lagi 'mari' feel die.

Kalau tiba musimnye. Merah jadik itam. Kuning jadik merah. Hijau jadik masak. Kalau ade mase lagi nak tiba musimnye. Kalaulah. Kalau.

Mase tu Dwayne Johnson tengah tak berape 'in' dengan Steve Austin. Dwayne Johnson ade geng. Ramai. Muka asik nak pakai spek itam aje kerjenye. Steve Austin pulak, memang kemaruk Beer.Sikit-sikit cheers. Sikit-sikit nak pakai vest ngan spender.
Kalau ada time tu tengah panas. Memang banting-banting. Kejap menang, kejap kalah. Lepas kalah. Kalah. Menang, lepas menang.

Badiuzaman sedang bertenang atas sofa. Die baca suratkabar. Muka berkerut-kerut. Muka tak macam siput. "Wakarima!" Katanye separuh ketawa. Sanusi, selepas mendengar sorakan badiuzaman. Tidur. Ngences bagai bantal seperti singki. Heh. Kalau minyak motor banyak. Air liur Sanusi dah macam minyak Lori.

Di telebisyen. Teletubbies baru nak bangun tidur.


Mar 26, 2010

Ketam.

Hari ni. Member kepada gua. Telah ditinggalkan bapak dia dekat dunia. Kelihatan walaupun patutnye kesedihan melanda. Tapi laporan beberape kaki-kaki lain, yang mengambil kesempatan untuk bersarapan pagi penganan percuma di rumah beliau, langsung tidak ada riak muka-muka sedih mahupun terkejut. Ekspresi muka beliau dilaporkan berat ke arah macam air. Tenang dan tak bergelora. Walaupun begitu, tidak kelihatan pula berekor-ekor jin menetap dimukanya, walaupun mukanya bagai air tenang.

Mungkin kerana dia memakai botox. Tetapi apejadah pula beliau perlu pakai botox taklah tu. Buat bazir-bazir aje rasenye. Tapi aku tetap syak, yang dia masih fobia dengan kes "awak ingat ni lawak keng ke?".



Dalam mase aku menulis neh, member aku yang baru balik dari serawak. Malek. Masih botak dan tidak kelihatan ciri-ciri akan panjang dalam mase terdekat. Namun begitu. Berdasarkan aktiviti refleks beliau. Yang kuat kentut tersebut. pakar-pakar daripada yun Nam haircare bulat berpendapat. Kadar pertumuhan rambut beliau sama dengan kadar kentut dia.

P/s: Beliau bilang. Panjang tak panjang. Sebulan sekali ketam. Ketam jangan tak ketam. Menguap-menguap katenye.


Mar 24, 2010

Terbabas.

Macam mane terbabas pun aku kurang nak amek tau. tapi kalau nak ikutkan terbabas punya terbabas pun, pening-pening lalat mesti ade. Mase tu dah nak dekat pukul tengah hari. Mase tu mate aku pun sepet-sepet korea lagi. Kalau amek gamba pakai henset pon kacak-kacak comel lagi. Kalau bau mulut pun boleh pengsan jugak lagi. Kalau nengok-nengok pon kelabu asap lagi. Mata mengantuk punya mengantuk. Tak pasal-pasal aku menguap. Lama jugak aku menguap tuh. Kalau servis dekat mapley itu sekejap. Aku punya menguap macam servis dekat warung simpang enam. Tapi kalau gua dah terbabas memang terbabas. Susah sangat aku diam. Diam macam batu dekat Gunung Ledang.


Kalau proses menghapal sifir tiga itu ialah ngantuk. Kiranye aku tengah dalam proses menghapal sipir lapanla sekarang. Bapak ngantuk. Belum masuk elaun dengan tunggakan lagi. Dividen setahun lagi. Sound system lagi. Peh!

Mar 19, 2010

Wau.

"Lu dah hebat? Gua cabar lu pandang kiri ngan kanan serentak."
Kata aku kepada Joe Frazier. Tatkala die cuba nak mintak lesen dengan I.C.

Joe Frazier buat muka plastik. Lebih plastik daripada orang yang salah jadual periksa. Plastik yang boleh membuatkan hati luluh melihat. Kalau ade tukul dekat dengan situ. Kemungkinan muka Joe Frazier lebih sesuai dibuat paku. Lebih plastik daripada spagetti.

[-]

Esok, aku nampak. Joe Frazier. Kopiah putih siap setting atas kepala. Sebelah tangan hentak meja. Sebelah tangan pegang cawan kopi 'o' gelas besar.
Semeja dengan dia. Takde sape-sape pun. Mungkin ade. Itupun kalau gambar Dr. Rozmey tu dikira siape.

[-]

Aku dekat dalam tuh. Peluh macam nak keluar. Tapi segan-segan. Tak lama lepas tu.
"Kau ingat ni Lawak King? Saya dah jemu dengan Lawak King. Kau turun. Bawak sekali dompet. Takut hilang nanti."


Dalam tu. Semua tahan nak baraikan ketawa,



Mar 18, 2010

Isyarat.

Aku dah stemet-stemet (baca: estimate). Agak-agak telefon aku brick lagi. Aku nak buat unggun api besar gajah kat atas bumbung bangunan tu. Kasik isyarat asap dekat Luie. Bagitau suruh jemput gua dekat situ.
Tapi tepon gua, tak brick. Muke pun senyum je. Takde unsur-unsur mumet.

[,]

Pagi tu kitorang tak tidur. Bantai Pes 2009. Main pakai sape kalah blah. Larut jugak gua main PES neh. Dah berzaman jugak aku tak menang. Sekali jerk dapat seri. Kehkehkeh.
Luie sepuluh menet sekali. Tepuk-tepuk bahu gua. Aku nengok die sebelah mata je. Ade sekali tuh, die tepuk, aku hilang fokus. Bolos.
Dia boleh sengih. Aku diam aje, lagipun aku pun sama jugak.

Dekat kedai, aku nengok Drogba sebelah hitam, sebelah putih. Aku nampak die main tukar-tukar kasut. Sejuk punye sejuk. Gol sebijik. Tupun aku pandang sebelah mate. Lagi sebelah mata aku nengok. Ade mamat nih, punye tangan. Angkat semacam. Aku syak tengah taun neh, die ganti Sarkawi Jirim.

Tengah jalan nak balik port. Toleh kiri-kanan. Kot-kot ade entiti. Aku nampak, Signboard. JALAN KE KUBUR. Aku nak senyum pun segan, nak ketawa dah malas.
Dekat sofa, ngumpat barang patut. Tidur mase Subuh.

Nota: Untuk efek yang lebih hebat. Baca post neh dengan nada " Tunjukkan I.C dan lesen". Sambil muka kasik setting ketat, dan mata separuh terjegil.

Iklan : Char Kuey Tiau D'Selatan. Dekat-dekat dengan Esso parit Raja. Memang sedap macam lemang. Jangan tak try.



Mar 10, 2010

Tanah,

"Aku ingat nak main tanah."

Jerit Zamri dalam satu pementasan drama peringkat Tabika Kemas dan Desa Wawasan. Tajuk drama tersebut mungkin ialah, Peladang dalam Ladang.

Sanusi dari jauh nengok. Syahdu. Dia nak amik persembahan Rasa Sayang pun tak dapat.

"Cikopet punye Zamri"

Last sekali, satu pentas nyanyi:
Desa wawasan desa kita, Desa wawasan desa.....(fade to end)

Ape kes sampai 3?. pukul 4.00 pagi. Aku rase hari ni hari Rabu. Dan selepas hari Ahad adalah Isnin. Dan selepas Ramadhan adalah Raya.

Hitam.

Aku bangun pagi haritu. Aku pergi beli sarapan. Konfirm aku dah mandi. Jangan risau, khuatir. Sampai dekat kedai. Aku nengok semua orang nengok aku lain macam. Taukeh yang curi tulang terus pura-pura kira duit. Yang tengah berbual terus berbual. Yang tengah tunggu baki duit. terus kata"Simpan baki ye."

Aku pun tak faham.

Alih-alih, ade makcik kate. Aku agak dia taukeh jugak. "Dik, kau minat M.U eh?"

"Hek eleh ape barang cik. Jauh bebenar M.U dengan Anfield cik. Waklu lah."

"Eleh. Main tipu-tipu pulak. Dah pakai t-shirt m.u minat m.u la. Sikopet punye budak."
Sambil menjelir lidah. "Makcik minat chelsea"

Cis, aku rasa nak bakar terus baju tu. Sampai hitam dia hilang.

Susah-susah, aku tukar lencana setan tu, jadik lencana SPRM. Kurang malu aku. Balik tu aku ulang-ulang nyanyi Dendang Perantau. Tak tau kenapa.

Alih.

Sanusi sedang sedap-sedap duduk di atas katil beliau, semasa Ajis sedang makan maggi. Lalu ajis bertanya. "Beb aku ingat nak belajar berkata dalam bahasa German la beb. Amacam?"

Sanusi tengah tekun ni. Baru tadi dia dapat kutip dua ekor semut laga. Spesis semut yang paling rare sekali pada masa itu. Dia jawab sepatah. " Gasak ko la".

Ajis yang tak puas hati dengan respon sanusi terus menyambung. "Waklu, gua berkata benar ni, lu muka boleh cool je. Panas betul la macam ni".

Sambil mempamerkan isyarat lucah di jarinya kepada Ajis, Sanusi bangun. Lantas mengambil Produk Yang Iklannya Orang Tough. Dia pancitkan beberapa pancitan aerosol tersebut. Terkulat-kulat, atau mungkin tersemut-semut. Semut laga dua ekor tadi berguling-guling. Ala-ala orang kene geletek.

Sanusi menghela nafas lega.
"Ajis, lain kali jangan nengok porno banyak sangat".

Sanusi pun merampas maggi kap Ajis. lalu menghirup sambil bergelek. Lalat masuk mulut Ajis.

Mar 8, 2010

Cair.

Aku cair. Aku tak tau. Tak tau. Tau. Lupa. Tak ingat. Ingat. Tak tau. Tau, lupa. Cair.

Nasik.

Mar 7, 2010

Merun.

Dulu mereka kata air tak boleh di bakar. Mereka geleng-geleng. Sudah-sudah, benda lain terbakar. Mereka sapu muka. Muka mereka jatuh. Hujan bawak muka mereka masuk ke saliran. Mereka mahu tangkap. Mereka lupa mata mereka dah dibawa air. Mereka nak meraba. Basah-basah. Susah nak kesan. Akhir-akhir. Muka mereka masuk ke sungai. Di baham buaya. Kesian mereka. Mana la nak letak muka. Pening kepala ada ubat. Mana nak carik ubat, kalau tiada penyakitnya? Orang sihat perlu ubat. Hebat. Susah-susah. Tukar nama. Ubat kuat.


Zamri melarat. Dia mereka corak awan larat. Cikgu terperanjat. Cikgu rampas Zamri punya art. Sanusi kata, "What?". Cikgu dapat. Zamri birat. Tas! Sanusi senyum sihat. Tangis Zamri merawat. Hari ini hebat, penat la sangat. Mari cepat.

Mar 5, 2010

Sembilang.

"Adapun sembilang itu adalah sejenis ikan yang mahsyur. Dari zaman dahulu, masa atuk aku mula nak menoreh. Sampai sekarang, masa budak-budak main pasir dah ada henfon.
Ikan sembilang pula adalah bukan calang-calang ikan. Aku pernah terai. Konon-konon nak lumba berenang dengan diorang. Belum sempat pengadil nak ambil nafas selepas meniup wisel. Diorang dah jauh ke depan. Sebatu-dua. Agak aku.
Tapi sekarang. Ikan sembilang dah malas nak duduk laut. Katanya. Nelayan dah tak sayang dia lagi. Aku kesian jugak. Tapi berehat sahaja dengar setetmen Sembilang tersebut. Lagi pun aku tak mahir. Dalam meminati keenakan Sembilang nih.
Sembilang kata. Dia nak pindah rumah epartment pulak. Dia kata. Dia suka tempat tinggi. Kalau susah boleh naik lif. Dengan mendengar kata-kata sembilang tersebut. Aku rasa macam nak minum milo."
Kata Sanusi kepada Zamri dengan panjang lebar. Lebih lebar daripada Osman Lebar. Jiran mereka satu zaman dahulu. Jiran yang mereka tak beberapa nak mesra. Kecuali musim kuini. Oh ya.!Osman Lebar barai mukanya.

Lalu Zamri berdiri tegak-tegak. Muke ketat. Tapi tak berpeluh.
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di
tapak tangan;
Tuan jauh negeri satu,
Hilang di mata di hati jangan.

Kuat Sanusi berdengkur.

Mar 3, 2010

Pusing.

Kalau dah sampai dekat dinding. Jangan lupa patah balik.
Kalau dah sampai dekat tepi longkang. Jangan leceh. Patah balik.

Kalau dah sampai dekat tebing. Jangan panik. Pusing balik.


Kadang-kadang, aku terlupa 3 arahan semudah itu. Tak tau aku, terlupa kerana apa. Atau aku sengaja buat-buat lupa. Atau aku sudah ingat. Tapi bila perlu diguna, hati jadi tinggi. Bongkak betul.

Lalu aku lupa nak endah. Lantas terjatuh. Terhantuk. Terlenjun.

Bila terjatuh, terhantuk, terlenjun. Aku akan rasa shock. 2-3 saat paling cepat. Sehari setengah paling baik. Itu normal. Feedback daripada 3T tadi. Minda kita akan disulami, sensasi terkejut. Dan akan memasuki fasa pemulihan.

Selepas pemulihan. Otak aku akan menyediakan satu folder, dalam berjuta direktori-direktori memorinya. Khas untuk memberikan kesan penyesalan. Selepas menyesal. Akan berlaku lagi fasa pemulihan.

Dalam masa itu. Bukan mudah. Ada yang tak tahan. Ada yang ke doktor. Ada yang jumpa pusher. Ada yang jumpe kaki. Otak aku akan ajar aku apa yang aku perlu buat, tapi hakikat. Hati yang mengawal otak. Dan otak yang mengawal aku?

Secara superior. Hati yang mengawal apa kelakuan aku.
Apa jenis hati yang kita ada. Bergantung kepada pusingan sekeliling kita. Dan apa jenis ransangan yang diterima oleh deria 5 kita.

Maka wujud istilah, Hati Batu. Hati Busuk. Hati Lembu. Hati Sekilo Rm15. Hati Semput. Hati Kuman Sama Dicicah. Dan bermacam-macam lagi. Dan nama-nama ini. Biasanya digelarkan menurut perlakuan dan peradaban seseorang. Dan juga Masyarakat.

Oleh itu, aku akan menyesal. Atau trauma, dengan 3T tadi. Lantas memberi isyarat. Kepada hati aku. Untuk mencari akal. Akal untuk melakukan perihal yang boleh menghilang gundah. Gundah gulana. Bukan gulai tempoyak. Mahupun Gulam Fotostat. Gula-gula kapas boleh dipertimbangkan.

Maka selapas pulih. Aku akan bergerak lagi. Langut kedepan. Jarak 12 saat. kalau-kalau ada parit, aku elak. Kalau-kalau ada dinding, aku pusing. Kalau-kalau ada tebing, aku tukar kepada gear rendah. Gunakan sistem mampatan gear. Dan tekan brek perlahan-lahan.

Sampai 2 jam. Aku tak mungkin berhenti. Walau kepala dah pitok. Aku mungkin akan terus berjalan. Lalu. Nah. Aku ke parit lagi.


Maka disitu ia berpusing. Berpusing. Dan berpusing. Sampai ianya. Hilang daya pusingan.







Mar 1, 2010

Laris.

Sanusi lapar. Zamri turut lapar. Perut Sanusi berkeroncong. Zamri, perutnya berbatu kapak. Sanusi dah ada L. Zamri tengah tunggu lulus komputer. Sanusi ingat, bapak dia ada tinggalkan kereta. Zamri ingat dia ada jumpa duit, port bapak dia nak beli tiket.

Dekat luar rumah. Sanusi dengar bunyi kereta nak start, berkedek-kederek. Zamri, dekat luar rumah, dengar bunyik vrooom.

Tau-tau, Sanusi dengan Zamri dah sampai dekat sebelah longkang besar negara. Berhenti kereta Dutsun ikan tu.

Body lama, enjin lama. Flat pon JX 1568. Warna biru kereta tu, da campur warna kuning-kuning sikit. Dekat tepi belah tempat isi minyak, ada contengan. " LETAK DIESEL AKU TAKNAK JALAN. " Warna merah.

Kemungkinan besar diorang sendiri yang sembur, guna cat aerosol basikal. Saja-saja. Kononnya dulu nak beta dengan sticker Mohawk jiran sebelah punya kereta Waja bikin-bikin.

Berdasarkan kedudukan lampu kereta Dutsun ikan tu. Aku agak diorang hendak pergi isi perut. Dari pagi tadi diorang berdua tak makan sebutir nasi. Cuma-cuma minum air sirap selasih aja. Itupun Zamri punya idea.

Sementara tengah tunggu traffic light bertukar jadik The Hulk, Sanusi bergendang-gendang dekat hendel kereta tu. Lagu-lagu rakyat, syak Zamri. Sebelum dibetulkan Sanusi. Mama Saya Mahu Makan.

Secara tiba-tiba muncullah pulak sepucuk kereta, warna putih. Yang Zamri sendiri, seorang bijak pandai kereta, tak kenal dari spesis ape tah kereta tersebut. Nak kata Evo, macam Kancil. Nak kata Kenari, macam Pajero. Sanusi tak kisah.

Ngam-ngam kereta tuhan-aja-tau-namanya port sebelah driver sebelah Dutsun Ikan bapak Sanusi tu. Zamri, ulang-ulang cuba menjengul kepala dia. Dia tak puas hati selagi tak tau apa spesis kereta sebelah kereta bapaknya itu.

Tiba-tiba. Kereta sebelah tu, kelihatan tingkap tinted 75% dia, turun-menurun. sikit-sikit. Mungkin bukan power window.

Sanusi toleh kanan. Dia terus pecut kereta dia. Dia tak kisah kene saman ke tak. Dalam diam dia lupa, salah ke kalau dia langgar lampu merah. kalau dia langgar lampu kelip-kelip? Kalau dia langgar lampu kereta, dia tahu. Kena penumbuk. Peluh-peluh membutir dekat mukanya. Dah macam Aizat perform. Selekeh, kata jiran dia.

Kereta putih tu bunyikkan hon lima-enam das. Berirama macam the RoadRunner. Tin-tidi-tin-tin. Tin-tin.

"Eleh poyonya.Aku bukan nak buat pape pon" Garau-garau ayu suara driver kereta tu.

Belum sepuluh tiang, Zamri dekat tepi dah muntah-muntah. Kalau ikutkan perasaan dia, dia nak muntah darah terus.

Sambil tangan Sanusi memegang hendel Dutsun Ikan tu. Dia tepuk belakang Zamri banyak-banyak kali. Dia dulu taukeh kompang dekat asrama. Kesian dah aku nengok Zamri.

Kedai sate legend dekat situ tutup. Zamri lupa malam ni malam Selasa. Bomoh pelaris tersohor, cakap kedai tu tak boleh bukak malam Selasa. Takde Ong nanti.

Sanusi geleng-geleng, bersiul-siul sambil. Irama lagu 'Kami Guru Malaysia'.

Gusar.

Seronok. Kalau le aku boleh dengan hebat dan mahsyurnya. Mengawal aku punye takut.

Takut.
Siapa sahaja yang tidak takut. Siapa aje yang korang kenal tak tahu apa itu takut. Dan takut tu. Untuk setiap orang pulak berbeza-beza.

Samid mungkin takut minum. Dia kata takut tak turun-turun. Ali,ali.
Sazali mungkin takut potong rambut. Dia kata rambut dia kalau potong meraung.
Markonah mungkin takut tengok tibi cerita Lalola. Seksi sangat kata dia.
Halimah mungkin takut kucing berak atas rumah. Katanya dia pernah kene belasah masa berak depan tibi.

Takut tu juga penting. Tanpa takut, anda tak boleh hidup dekat Malaysia. Di Maghribi, Malawi, dan Negeri Awan juga. Tidak mungkin sampai tahap mati. Mungkin sekurang-kurangnya korang tak boleh hidup dengan stailo, asyik-mahsyuk.

Abu tak takut berbogel di khalayak ramai. Katanya wajib tayang.
Sabun tak takut kene jual. Katanya dia datang dari kilang Lifebuoy.

Tu yang sampai sekarang, gua bercita-cita nak kawal takut. Masa perlu takut, baru takut. Masa biasa-biasa tak payah takut.

Bila gua takut, gua tadah. Bila gua tadah, gua makin dekat. Makin dekat, makin gua hilang takut.
Bila korang tak takut. Korang biar lepas. Satu pun tak hirau. Satu pun korang sangap aje. Lepastu, sesuatu pecah. Tarikh dan masa yang pecahkannya. Dan demi sesuatu yang korang anggap besar. Korang tilik sana. Tilik sini. Korang nak tahu pasal bendetaklah tu. Sikitpun korang dapat info pasal sesuatu itu. Korang dah lega. Biasa info yang korang mesti nak biasanya. Berkaitan waktu. Berkaitan tempat.

Maka sesuatu yang besar itu. Anda tahu bila ia akan pecah. Anda tak akan takut semasa ia pecah. Tapi terima kasih kepada kacang dekat otak, dan Adrenalin yang berterumba dalam terowong-terowong elastik. Korang akan takut. Hanya apabila, tarikh ia pecah akan tiba. Sperti satu jam, dua jam sebelum. Cis. Risau namanya.

Ah. Aku sangat berharap aku dalam kondisi takut. Takut seperti orang yang takut. Aku takut aku makin jauh. Cis.

Nak hilang takut? Macam aku rasa?. Heh. Orang bodo je tak takut.
Pergi setan. cis.cis.cis.
Susah-susah tidur.Susah-susah tidur.

Antuk.

Mengantuk dan ingin tidur

Pusing semula.
A:De'ey wes belayu tor.
B: Neng di? Neng di?
C: iki. iki.
A: Aku keplak kue'ey. Bocha seng lemu iki. Tenanan pengor ey. Belayu wa'e.
B: Kue'ey arep keplak? Keplak wa'e. Aku ora wedi. Aku pinter, ora pengor.
C: Wuiyoh. Mantul meneh.


-iki bengi aku arep turu. adem tenan iki bengi. enakmen turunye. komferm.-