Feb 27, 2010

Tempelak

Esok.
Aku mungkin akan bangun tidur. Bangun mungkin bukan pada dinihari. Mungkin pada saat matahari di tengah tanduk Syaitan. Siapa boleh agak. Betul?

Heh.
Tapi dalam minda aku malam ini. Aku asyik terfikirkan. Terfikirkan beberapa kemungkinan. Dalam bahasa lainnya. Berangan. Aku memang kuat berangan. Memang hobi. Mungkin atau cuma terlampau tiada tabiat lain? Percaya. Tanya aja karib-karib aku. Dah berabuk-abuk mungkin alur telinga mereka. Asyik dengar aku berburit (baca sebagai : gebang). Tak ini itu. Tak itu ini.

Esok.
Menurut ramalan tapak tangan aku. Mungkin akan datang dua orang lelaki yang sama. Yang telah menjemput aku mendayung sampan ke ISS. Yang tujuannya masih lagi rahsia aku. tapi betul. Memang penat dayung sampan melawan graviti. Kalah terjun papan anjal.

Esok pagi dia orang akan datang dekat tempat aku bangun tidur. Mereka akan mulanya, berbual-bual kosong dan bertanyakan khabar. Sebelum mereka membawa aku ke sebuah warung bewarna biru. Warung tu tak besar. Tapi ada tulis. "Topup Maxis boleh didapati di sini" dan bukannya "ondeh-ondeh 4-RM1.oo". Lalu kami pun duduk di meja yang paling luar sekali dekat warung tu. Ngam-ngam sebelah jukebox. Yang sedang bermainkan lagu I'm yours yang tidak stereo. Aku agak kapel yang duduk betul-betul depan kaunter yang pasang.

Mahmud.-Yang berkulit lebih cerah sedikit daripada Nasir. Yang mungkin kulit gelap akibat terkena solar flare. Masa dekat angkasa arituh.-Mula mencucuh enjin perbualan.

"Disebabkan engkau dah berjaya melaksanakan misi agensi kami di ISS hari itu. Kami berhak memberikan anda reward.'' Kata Mahmud. Aku masih diam. Sebab aku tengah stoned lagi masa di warung itu.

"Tetapi disebabkan agensi kami tidak mempunyai aset cair. Kami terpaksa memberikan ganjaran dalam bentuk material. Materialistik bukan. Materialistik tuh lagu K.R.U. Kalau tak silap aku." Nasir berborak. Sambil matanya, aku tidak tahu menghala ke arah longkang dekat kerusi sebelah, ataupun aku, yang masih berpelekat. Sebab Nasir dan Mahmud berkaca-mata hitam.

" Eleh lu orang bukan tak tau. Gua tak minta sangat barang-barang terpakai yang genre-genre eletrik ni. Takde kelas. Kalau kau nak kasik aku gitar yang Slash pakai buat konsert dekat Vancouver, aku on." Jawab aku. Konfiden. Serta mesra pendengar.

'' Jangan banyak bunyik. Ambil ni.'' Nasir menghulurkan aku. Sebuah hemisfera. Bewarna hijau taik lembu.

Aku belek. Nampak macam tak spesial pon. Aku pusingkan bendaklah tersebut. Ushar sana. Ushar sini. Kelihatan cuma ada sejalur lubang, dekat bahagian rata hemisfera tersebut. Membuatkan aku syak bahawa, mereka berdua ini agen Bank Negara. Dan mengelola Kempen Mari Menabung.

''Aku dah ada tabung la sedara. Tak mungkin aku nak terima tabung lagi. Yang tabung Tabung Haji pon aku belum isik penuh." aku jawab hampa.

"Cis. Aku ingat ko ni muka aja sengal. Kepala otak pun sengal. Takkan la kita orang. Agensi terbaik dunia selepas F.B.I nak kasik ko tabung."

" Entah, cakap main cakap aja kau ini. Tanya la dulu. Kalau kau nak tahu. Inilah dia namanya..."

" Hati Kuman Sama Dicecah!" Jawab Mahmud. Selamba. Tapi gaya cakap macam nak satu warung mendengarnya. Tersipu-sipu aku jadinya.
"Dahla pakai suit. Makan dekat warung. Semeja pulak dengan mamat baru bangun tidur pakai kain lagi. Tak sosio-kapitalis betul." kata seorang mamat yang baru lepas bukak buku 555 baru dekat warung tuh di dalam hatinya.

"Dan benda yang tadi kau cakap tabung ni. Harga dia selepas kiya kapitaliskan boleh mencecah harga Sport rim kereta racing kontrol yang pakai minyak tau." Sambung Mahmud.

"Ape jadah pulak HKSD ni boleh buat. Takkan keychain aja?" Makin lama makin aku nak berambus pulak dari warung dan meja tersebut. Ikut asap rokok Nusan awek sebelah meja aku neh.

'' Kalau kau ada pernah rasa menyesal. Ke rasa macam nak bersiar,siar ke masa lampau. Kau pergi carik kalendar kuda. Kalendar kuda. Kalendar playboy takbuleh. Dosa kecil. Kau tarikh dan bulan yang kau nak pergi. Masa denga tahun tulis dekat kertas warna kelabu air. Kertas warna lain reject. Sebab tak boleh baca. Tulis kena pakai pensil. Yang ada tulis Exam grade. 2B atau HB yang mana mampu." Celah Nasir. Sekarang aku yakin. Matanya melihat longkang dekat kerusi sebelah. Cis.

"Kononya mesin masa la nih? Ok. Aku amik. nanti-nanti ada kerja kontek aku lagi.'' Sambil tangan aku menyambar HKSD itu.

Terus. Mamat dua ekor tu tiba-tiba jadik cair. Lalu masuk ke longkang. Longkang sebenar yang separa tersumbat itu, Dan bukan longkang dekat kerusi sebelah. Aku pun terus jadik asap. Berambus balik rumah. Kalau aku tak berambus. Ada kemungkinan aku kena bayar bil meja. Mamat tu makan da bukan stlyle orang Malaysia lagi. Da macam Negro pon ada. Lontong dua mangkuk. Nasi himpit extra. cis.

Sampai dekat rumah baru aku tau. Alat tu aku tak tau nak guna. Tak tau nak guna nak buat apa. Cis. Takkan aku nak patah balik masa tadika. Lepastuh ajar cikgu Miskinah binti Turat, tentang masa hadapan Malaysia tahun 2009? cis. Takkan aku nak patah balik tahun 2005. Simpan Betul-betul konverse aku supaya tak hilang. cis. Susah-susah aku tidur.

Sampai sekarang aku tak beberapa konfident. Dengan semua benda yang bergerak ke belakang. Persoalannya ialah ;
1) Aku yang bergerak ke depan, atau masa yang gerak ke belakang?
2) Aku yang bergerak ke depan, atau masa yang tak bergerak-gerak?
3) Aku yang tidak bergerak, dan masa bergerak ke belakang.? macam treadmil?

Sanusi pernah pergi ke pekan ke Pejabat Pos Mini di pekan. Untuk menghantar borang peraduan teka dan menang alat mainan digital. Sehingga hari ini, Zamri masih bermain gasing plastik 40sen-siap-tali-60sen dengan Sanusi.

Zamri dalam hati ketawa kuat-kuat.''eleh lu bukan tau pun gua ketawa ke tak. Harhuarharhuar"

No comments: