Feb 23, 2010

Lu Sentap.

Zamri tengah berlenang-lenang, tatkala Sanusi mari dekat Zamri. Mari tidak berapa dekat sangat. Tetapi jarak beliau dengan Zamri memang tidak menyelesakan. Zamri tenung Sanusi. Zamri tenung televisyen. Zamri tenung beliau semula, tapi kali ini Zamri kerling hujung mata dia saja. Muka Sanusi bengis, macam kucing baru nak belajar mengawan serta keluarkan kuku. Zamri terus bermalasan. Tetapi dia ada juga berpeluh sedikit.

[,]

Be, lu nak ikut gua tak? Ikut aku pegi nengok wayang.
Hah? Aku malas la Sanusi. Tatapan Zamri dekat muka Sanusi cuma menggunakan cermin rak televisyen saje. Agaknya Sanusi ingat Zamri x nengok beliau. Zamri samar-samar lihat Sanusi secara curik2 mengeluarkan jari tengahnya. Mengisyaratkan ke arah Zamri. Konon2 tak puas hati. Ceh Zamri diam aja.

Be, lu tak nak jalan2 pegi keluar ke? Ushar-ushar alam.
Hah? Aku malas la Sanusi. Sanusi diam. Kali neh. Zamri tak perasan apa yang Sanusi Sinai isyaratkan kepada dia. Mungkin lidah elastik beliau. Zamri tidak tahu.

Be, lu tak nak pegi mandi ke? Buang. Buang air ke.
Hah? Aku malas lah Sanusi. Nanti. Nanti lah ye.

Be, ape kate lu pegi kawen. Kawen bapak aku kate best.
Hah? Aku malas lah Sanusi. Akaun bank pun aku takde lagi. Lu ade calon? Gua malas jugak.

Be lu ni ape kene? Malas memanjang? Lu kene santau?
Hah? Aku malas lah Sanusi. Rajin pun aku malas.

Be, lu ape kelas malas-malas. Tak kapak la be.
Hah? aku malas lah Sanusi Sinai.

Peh lu nih ape Be? Orang ke babi?
Hah? Aku malas lah Sanusi. Hidung kau tersumbat?
Kali neh Zamri nengok reflection Sanusi guna cermin rak televisyen. Sanusi melutut. Tangan beliau menadah langit. Tak lama kemudian die nangis.Kejap-kejap Sanusi alter posisi afro beliau. Susah-susah Zamri diam aje.

[,]

Zamri dah puas menonton cerita B-daman dari televisyen. Dia lapar dan pergi ke peti air batu. Mata dia kecik besar. Dunia beliau berputar-putar. Sanusi telah memangga peti itu. Siap letak nota kecil. Lekat guna magnet. Magnet kura-kura warne hijau, hadiah Sanusi kerana mendapat 8A pmr. Kakak beliau punya kekasih yang bagi. Juga sebagai 'upah' meyimpan rahsia. Afro-afro Sanusi, dia memang tak berapa nak minat dengan kura-kura tu. Tak estestika.

''Aku pun malas nak bukak peti sejuk nih. Lu malas jugak kan? Yang berdoa, Sanusi Sinai. ''

Susah-susah Zamri diam. Dia pun malas nak makan. Ceh!

3 comments:

Anonymous said...

masuk rumah lu.
gua diawang awangan ;))




teruskan.suka.

Jebon said...

lepas ni lu. terbang. tak boleh turun-turun.
aku cuba. hehe.

demang said...

cte pe ni babeh...