Feb 25, 2010

Dalam.

Sanusi fikir dalam-dalam. Sangat dalam. Sehingga gua syak, Danau Toba pun tidak sedalam fikiran beliau. Dia terdiam. Lalu Zamri pula mencuba nasib. Zamri pada mulanya bermuka seposen. Telah naik harga. Tiga posen mungkin. Mukanya sukar dinilai. Sungguh. Dalam agaknya fikiran dia.

Dalam fikiran mereka berdua itu sebenarnya sama subjeknya. Zamri berfikir dalam. Sanusi juga berfikir dalam. Akan tetapi ape jadah 'dalam' tersebut? Dalam baju? Dalam laut? Dalam poket tiada duit? Dalam hati ada gunung? Dalam rumah ada bilik, dalam bilik ada air?

"Dah berapa dalam kamu berfikir hai Zamri?" Sanusi mula mumet-mumet laron. ternyata. Berfikir dalam-dalam bukan bidang beliau. Akan tetapi jikalau bab-bab melantak lauk maulud. Memang bidang takdir dia.

"Agak dalam juga Sang Sanusi. Ada la dalam sepuluh kaki dalamnya. Kenapa? Kamu dah berputus asa ya?" Jawab zamri tenang. Tenang macam orang ambil suap. Langsung tidak tegang otot-otot mukanya. Mungkin sudah kebas, dan tiada feeling lagi otot mukanya. Dah biasa. Kot.

"Kamu dah hilang waras? Mana mungkin aku, Sanusi Sinai berputus asa. Ini hal bukan enteng-enteng. Ini soal Imej dan populariti." Sambung Sanusi. Sambil matanya tertutup rapat. Khusyuk dan dalam tentunya bukan tidur.

"Biar betik. Takkan kita nak berterusan seperti ini? Tanpa membungakan. Walau sekuntum pun hasil?" Balas Zamri dengan nada lagu 70'an.

''Jangan risau. Aku syak, kita perlu mendalami sedikit lagi fikiran kita. Supaya tercapai misi menghasilkan ayat-ayat deep.''. Sanusi bebertih. Laju dan tepat. Tetapi kurang mesra. Sekurang-kurangnya tidak semesra Mak Cik Loyah. Jurujual kantin lajur lelaki.

Dalam mereka terduduk berfikir. Yang kalau korang lihat. Dah macam Pak Dukun menurun. Tidak semena-mena, Zamri bangun. Sambil-sambil melepaskan dua das batuk. Yang beraroma. Manusia belum mandi pagi dan tidak bersarapan. Hampir sahaja Sanusi pengsan akibat wasap berpuaka dari Zamri tersebut.

''Hai Zamri. Ke manakah hendaknya kamu ini berangkatan? Sudah selesai berpikir. Enggan berkongsi pula dengan gua. Ini lawan taukeh. Bukan lawan taugeh.'' Hangut Sanusi. Bukan calang-calang hangut beliau kali ini.

''Aku dah bosan. Aku lapar.. Har.Har.har''. Kata Zamri. Tetapi berat ke arah meniru gaya Yasin dalam Man Laksa. Filem hit untuk dibualkan satu masa dahulu. Zamri terus melangkah ke arah luar rumah. Lantas bertaichi.

Sanusi yang tadi hangut. Mula berubah muka. Dah tidak dalam lagi mukanya. Sekurang-kurangnya, tiada di mukanya raut wajah pemikir dalam. Dia mula bersedekah. Mungkin dah tercatit amalnya itu.

"Kau memang otak dalam. Kau memang ada perewanganlah Zamri. Memang serupa macam aku. Lu memang deep. Okay. Ayat lu tu gua letak dekat website kelas kita.'' Sanusi sebenarnya faham tak faham apa yang diperkatakan Zamri. Tapi...

Jauh di luar rumah. Tak jauh sangat. Dalam 4 depa dari posisi Sanusi Sinai. Zamri masih lagi bertaichi. Sambil bersedekah. Dalam mindanya. Lagu Purple Haze aja yang berlagu.

Sanusi Sinai mandi. Dan lupa nak gosok gigi hari itu. Ceh.

3 comments:

Anonymous said...

aku ta paham
sungguh la weyh..
ko punye bahase dr mane?

fatin anak jupri said...

senyum aku baca komen anonimus atas.
kau bahasa dan dunia
mmg ade kelasssss


(:

Jebon said...

Nony.
entah. dr? Dari atau dokter enjet?

Anak jupri. Fatim ukelele;
Senyum ramai-ramai.pun takpe.