Feb 28, 2010

Teruja.

Aku sangat teruja. Sehingga kalau aku teruja sekarang, dah tak terasa teruja lagi. Cuma mungkin teruja sikit-sikit. Macam kena gigit semut. Itu pun memang tak teruja sangat. Sekurang-kurangnya. Taklah aku teruja macam bergerak 850 km/h dulu. Terujanya dah tepu agaknya. Cis.
___________________________________________________________________________________
Lokasi : Taman Bunga Awam.
Masa : Bakal Diberitahu.

Nasir cakap kat aku.
" Mencari. Hati emas bukannya mudah. teng teneng treneng teneng teng!"

Grace slick pulak suruh aku.
" Go ask Alice, I think she'll know."

Billie joe pulak, banyak kali suruh aku kasik dia Novacaine.
Aku pon cakap la. Grace suruh amik acid, amik aje la. Billie Joe marah terus panggil Tre Cool ngan Mike Dirnt.

Noel Gallagher lantas berkata.
" So don't look back in anger, I heard them say."
Sebelum Liam Gallagher sambung.
" Stand By me, Nobody knows."

Aku tidur lepas kencing.
Esok. Freddie Mercury kejut aku.
" We are the champion my friend, and we'll keep on..." 'Kelepok!'
___________________________________________________________________________________
-let's talk more rokk-


Feb 27, 2010

Erti

Kefahaman itu.
Aku tidak berapa nak mengerti,
Keertian yang tidak dapat diertikan,
Oleh mereka yang erti,
keertian yang mereka mengerti?
Aku pun x mengerti. Cis.

Sanusi masih di dalam keadaan separa konsius. Tatkala Zamri sedang berlari-lari anak sambil memegang seluar yang saban melondeh.

Sanusi masih di dalam mod kebarangkalian. Tatkala Zamri menyanyikan lagu aneh-aneh.

Barulah Sanusi tahu, bahawa, fikiran itu, kalau dilayan, buatkan dia rasa superior. Akhirnya, nak dia saja yang betul dan menang. Tatkala Zamri batuk-batuk hairan.

Tetapi Sanusi tak tahu. Ape yang beliau lakukan, besar waima kecil perlakuannya. Tiada siapa pun dalam kroni pusingan sosial dia yang mengambil kisah. Cuma. Ya. Dia aja yang over. ceh.

Masa itu. Zamri masih riang berfoya-foya sambil memegang seluar londeh dia.

psst.: Zamri lupa pakai spender? ceh. Sanusi? Periksa mulut dia. Tolong. ceh-ceh

Tempelak

Esok.
Aku mungkin akan bangun tidur. Bangun mungkin bukan pada dinihari. Mungkin pada saat matahari di tengah tanduk Syaitan. Siapa boleh agak. Betul?

Heh.
Tapi dalam minda aku malam ini. Aku asyik terfikirkan. Terfikirkan beberapa kemungkinan. Dalam bahasa lainnya. Berangan. Aku memang kuat berangan. Memang hobi. Mungkin atau cuma terlampau tiada tabiat lain? Percaya. Tanya aja karib-karib aku. Dah berabuk-abuk mungkin alur telinga mereka. Asyik dengar aku berburit (baca sebagai : gebang). Tak ini itu. Tak itu ini.

Esok.
Menurut ramalan tapak tangan aku. Mungkin akan datang dua orang lelaki yang sama. Yang telah menjemput aku mendayung sampan ke ISS. Yang tujuannya masih lagi rahsia aku. tapi betul. Memang penat dayung sampan melawan graviti. Kalah terjun papan anjal.

Esok pagi dia orang akan datang dekat tempat aku bangun tidur. Mereka akan mulanya, berbual-bual kosong dan bertanyakan khabar. Sebelum mereka membawa aku ke sebuah warung bewarna biru. Warung tu tak besar. Tapi ada tulis. "Topup Maxis boleh didapati di sini" dan bukannya "ondeh-ondeh 4-RM1.oo". Lalu kami pun duduk di meja yang paling luar sekali dekat warung tu. Ngam-ngam sebelah jukebox. Yang sedang bermainkan lagu I'm yours yang tidak stereo. Aku agak kapel yang duduk betul-betul depan kaunter yang pasang.

Mahmud.-Yang berkulit lebih cerah sedikit daripada Nasir. Yang mungkin kulit gelap akibat terkena solar flare. Masa dekat angkasa arituh.-Mula mencucuh enjin perbualan.

"Disebabkan engkau dah berjaya melaksanakan misi agensi kami di ISS hari itu. Kami berhak memberikan anda reward.'' Kata Mahmud. Aku masih diam. Sebab aku tengah stoned lagi masa di warung itu.

"Tetapi disebabkan agensi kami tidak mempunyai aset cair. Kami terpaksa memberikan ganjaran dalam bentuk material. Materialistik bukan. Materialistik tuh lagu K.R.U. Kalau tak silap aku." Nasir berborak. Sambil matanya, aku tidak tahu menghala ke arah longkang dekat kerusi sebelah, ataupun aku, yang masih berpelekat. Sebab Nasir dan Mahmud berkaca-mata hitam.

" Eleh lu orang bukan tak tau. Gua tak minta sangat barang-barang terpakai yang genre-genre eletrik ni. Takde kelas. Kalau kau nak kasik aku gitar yang Slash pakai buat konsert dekat Vancouver, aku on." Jawab aku. Konfiden. Serta mesra pendengar.

'' Jangan banyak bunyik. Ambil ni.'' Nasir menghulurkan aku. Sebuah hemisfera. Bewarna hijau taik lembu.

Aku belek. Nampak macam tak spesial pon. Aku pusingkan bendaklah tersebut. Ushar sana. Ushar sini. Kelihatan cuma ada sejalur lubang, dekat bahagian rata hemisfera tersebut. Membuatkan aku syak bahawa, mereka berdua ini agen Bank Negara. Dan mengelola Kempen Mari Menabung.

''Aku dah ada tabung la sedara. Tak mungkin aku nak terima tabung lagi. Yang tabung Tabung Haji pon aku belum isik penuh." aku jawab hampa.

"Cis. Aku ingat ko ni muka aja sengal. Kepala otak pun sengal. Takkan la kita orang. Agensi terbaik dunia selepas F.B.I nak kasik ko tabung."

" Entah, cakap main cakap aja kau ini. Tanya la dulu. Kalau kau nak tahu. Inilah dia namanya..."

" Hati Kuman Sama Dicecah!" Jawab Mahmud. Selamba. Tapi gaya cakap macam nak satu warung mendengarnya. Tersipu-sipu aku jadinya.
"Dahla pakai suit. Makan dekat warung. Semeja pulak dengan mamat baru bangun tidur pakai kain lagi. Tak sosio-kapitalis betul." kata seorang mamat yang baru lepas bukak buku 555 baru dekat warung tuh di dalam hatinya.

"Dan benda yang tadi kau cakap tabung ni. Harga dia selepas kiya kapitaliskan boleh mencecah harga Sport rim kereta racing kontrol yang pakai minyak tau." Sambung Mahmud.

"Ape jadah pulak HKSD ni boleh buat. Takkan keychain aja?" Makin lama makin aku nak berambus pulak dari warung dan meja tersebut. Ikut asap rokok Nusan awek sebelah meja aku neh.

'' Kalau kau ada pernah rasa menyesal. Ke rasa macam nak bersiar,siar ke masa lampau. Kau pergi carik kalendar kuda. Kalendar kuda. Kalendar playboy takbuleh. Dosa kecil. Kau tarikh dan bulan yang kau nak pergi. Masa denga tahun tulis dekat kertas warna kelabu air. Kertas warna lain reject. Sebab tak boleh baca. Tulis kena pakai pensil. Yang ada tulis Exam grade. 2B atau HB yang mana mampu." Celah Nasir. Sekarang aku yakin. Matanya melihat longkang dekat kerusi sebelah. Cis.

"Kononya mesin masa la nih? Ok. Aku amik. nanti-nanti ada kerja kontek aku lagi.'' Sambil tangan aku menyambar HKSD itu.

Terus. Mamat dua ekor tu tiba-tiba jadik cair. Lalu masuk ke longkang. Longkang sebenar yang separa tersumbat itu, Dan bukan longkang dekat kerusi sebelah. Aku pun terus jadik asap. Berambus balik rumah. Kalau aku tak berambus. Ada kemungkinan aku kena bayar bil meja. Mamat tu makan da bukan stlyle orang Malaysia lagi. Da macam Negro pon ada. Lontong dua mangkuk. Nasi himpit extra. cis.

Sampai dekat rumah baru aku tau. Alat tu aku tak tau nak guna. Tak tau nak guna nak buat apa. Cis. Takkan aku nak patah balik masa tadika. Lepastuh ajar cikgu Miskinah binti Turat, tentang masa hadapan Malaysia tahun 2009? cis. Takkan aku nak patah balik tahun 2005. Simpan Betul-betul konverse aku supaya tak hilang. cis. Susah-susah aku tidur.

Sampai sekarang aku tak beberapa konfident. Dengan semua benda yang bergerak ke belakang. Persoalannya ialah ;
1) Aku yang bergerak ke depan, atau masa yang gerak ke belakang?
2) Aku yang bergerak ke depan, atau masa yang tak bergerak-gerak?
3) Aku yang tidak bergerak, dan masa bergerak ke belakang.? macam treadmil?

Sanusi pernah pergi ke pekan ke Pejabat Pos Mini di pekan. Untuk menghantar borang peraduan teka dan menang alat mainan digital. Sehingga hari ini, Zamri masih bermain gasing plastik 40sen-siap-tali-60sen dengan Sanusi.

Zamri dalam hati ketawa kuat-kuat.''eleh lu bukan tau pun gua ketawa ke tak. Harhuarharhuar"

Feb 25, 2010

Dalam.

Sanusi fikir dalam-dalam. Sangat dalam. Sehingga gua syak, Danau Toba pun tidak sedalam fikiran beliau. Dia terdiam. Lalu Zamri pula mencuba nasib. Zamri pada mulanya bermuka seposen. Telah naik harga. Tiga posen mungkin. Mukanya sukar dinilai. Sungguh. Dalam agaknya fikiran dia.

Dalam fikiran mereka berdua itu sebenarnya sama subjeknya. Zamri berfikir dalam. Sanusi juga berfikir dalam. Akan tetapi ape jadah 'dalam' tersebut? Dalam baju? Dalam laut? Dalam poket tiada duit? Dalam hati ada gunung? Dalam rumah ada bilik, dalam bilik ada air?

"Dah berapa dalam kamu berfikir hai Zamri?" Sanusi mula mumet-mumet laron. ternyata. Berfikir dalam-dalam bukan bidang beliau. Akan tetapi jikalau bab-bab melantak lauk maulud. Memang bidang takdir dia.

"Agak dalam juga Sang Sanusi. Ada la dalam sepuluh kaki dalamnya. Kenapa? Kamu dah berputus asa ya?" Jawab zamri tenang. Tenang macam orang ambil suap. Langsung tidak tegang otot-otot mukanya. Mungkin sudah kebas, dan tiada feeling lagi otot mukanya. Dah biasa. Kot.

"Kamu dah hilang waras? Mana mungkin aku, Sanusi Sinai berputus asa. Ini hal bukan enteng-enteng. Ini soal Imej dan populariti." Sambung Sanusi. Sambil matanya tertutup rapat. Khusyuk dan dalam tentunya bukan tidur.

"Biar betik. Takkan kita nak berterusan seperti ini? Tanpa membungakan. Walau sekuntum pun hasil?" Balas Zamri dengan nada lagu 70'an.

''Jangan risau. Aku syak, kita perlu mendalami sedikit lagi fikiran kita. Supaya tercapai misi menghasilkan ayat-ayat deep.''. Sanusi bebertih. Laju dan tepat. Tetapi kurang mesra. Sekurang-kurangnya tidak semesra Mak Cik Loyah. Jurujual kantin lajur lelaki.

Dalam mereka terduduk berfikir. Yang kalau korang lihat. Dah macam Pak Dukun menurun. Tidak semena-mena, Zamri bangun. Sambil-sambil melepaskan dua das batuk. Yang beraroma. Manusia belum mandi pagi dan tidak bersarapan. Hampir sahaja Sanusi pengsan akibat wasap berpuaka dari Zamri tersebut.

''Hai Zamri. Ke manakah hendaknya kamu ini berangkatan? Sudah selesai berpikir. Enggan berkongsi pula dengan gua. Ini lawan taukeh. Bukan lawan taugeh.'' Hangut Sanusi. Bukan calang-calang hangut beliau kali ini.

''Aku dah bosan. Aku lapar.. Har.Har.har''. Kata Zamri. Tetapi berat ke arah meniru gaya Yasin dalam Man Laksa. Filem hit untuk dibualkan satu masa dahulu. Zamri terus melangkah ke arah luar rumah. Lantas bertaichi.

Sanusi yang tadi hangut. Mula berubah muka. Dah tidak dalam lagi mukanya. Sekurang-kurangnya, tiada di mukanya raut wajah pemikir dalam. Dia mula bersedekah. Mungkin dah tercatit amalnya itu.

"Kau memang otak dalam. Kau memang ada perewanganlah Zamri. Memang serupa macam aku. Lu memang deep. Okay. Ayat lu tu gua letak dekat website kelas kita.'' Sanusi sebenarnya faham tak faham apa yang diperkatakan Zamri. Tapi...

Jauh di luar rumah. Tak jauh sangat. Dalam 4 depa dari posisi Sanusi Sinai. Zamri masih lagi bertaichi. Sambil bersedekah. Dalam mindanya. Lagu Purple Haze aja yang berlagu.

Sanusi Sinai mandi. Dan lupa nak gosok gigi hari itu. Ceh.

Feb 24, 2010

Dinding,

''Sanusi. Masa jalan. Cuba jangan tilik-tilik ape yang dekat belakang. Takut lu terlanggar dinding. Benjol. Jadik ikan. Rumah gua takde akuarium. Lu nak lepak mana?.'' kata Jebon. Acuh tak acuh. tetapi konfiden.

Sanusi toleh. Jari manisnya bermain-main di dalam lubang guanya. Macam selekeh. Tapi ade gaya
''Dan dinding bukan mainan.'' Jawabnya perlahan. Kakinya melangkah. Kengkang-kengkang. Konon Jack Sparrow. Ceh.

Dan dinding bukan mainan.

Feb 23, 2010

Lu Sentap.

Zamri tengah berlenang-lenang, tatkala Sanusi mari dekat Zamri. Mari tidak berapa dekat sangat. Tetapi jarak beliau dengan Zamri memang tidak menyelesakan. Zamri tenung Sanusi. Zamri tenung televisyen. Zamri tenung beliau semula, tapi kali ini Zamri kerling hujung mata dia saja. Muka Sanusi bengis, macam kucing baru nak belajar mengawan serta keluarkan kuku. Zamri terus bermalasan. Tetapi dia ada juga berpeluh sedikit.

[,]

Be, lu nak ikut gua tak? Ikut aku pegi nengok wayang.
Hah? Aku malas la Sanusi. Tatapan Zamri dekat muka Sanusi cuma menggunakan cermin rak televisyen saje. Agaknya Sanusi ingat Zamri x nengok beliau. Zamri samar-samar lihat Sanusi secara curik2 mengeluarkan jari tengahnya. Mengisyaratkan ke arah Zamri. Konon2 tak puas hati. Ceh Zamri diam aja.

Be, lu tak nak jalan2 pegi keluar ke? Ushar-ushar alam.
Hah? Aku malas la Sanusi. Sanusi diam. Kali neh. Zamri tak perasan apa yang Sanusi Sinai isyaratkan kepada dia. Mungkin lidah elastik beliau. Zamri tidak tahu.

Be, lu tak nak pegi mandi ke? Buang. Buang air ke.
Hah? Aku malas lah Sanusi. Nanti. Nanti lah ye.

Be, ape kate lu pegi kawen. Kawen bapak aku kate best.
Hah? Aku malas lah Sanusi. Akaun bank pun aku takde lagi. Lu ade calon? Gua malas jugak.

Be lu ni ape kene? Malas memanjang? Lu kene santau?
Hah? Aku malas lah Sanusi. Rajin pun aku malas.

Be, lu ape kelas malas-malas. Tak kapak la be.
Hah? aku malas lah Sanusi Sinai.

Peh lu nih ape Be? Orang ke babi?
Hah? Aku malas lah Sanusi. Hidung kau tersumbat?
Kali neh Zamri nengok reflection Sanusi guna cermin rak televisyen. Sanusi melutut. Tangan beliau menadah langit. Tak lama kemudian die nangis.Kejap-kejap Sanusi alter posisi afro beliau. Susah-susah Zamri diam aje.

[,]

Zamri dah puas menonton cerita B-daman dari televisyen. Dia lapar dan pergi ke peti air batu. Mata dia kecik besar. Dunia beliau berputar-putar. Sanusi telah memangga peti itu. Siap letak nota kecil. Lekat guna magnet. Magnet kura-kura warne hijau, hadiah Sanusi kerana mendapat 8A pmr. Kakak beliau punya kekasih yang bagi. Juga sebagai 'upah' meyimpan rahsia. Afro-afro Sanusi, dia memang tak berapa nak minat dengan kura-kura tu. Tak estestika.

''Aku pun malas nak bukak peti sejuk nih. Lu malas jugak kan? Yang berdoa, Sanusi Sinai. ''

Susah-susah Zamri diam. Dia pun malas nak makan. Ceh!

Feb 22, 2010

Adrenalin.

Itu malam sejuk betul, gua rase memang nak tidur sahaja.
Lalu aku pon berangkat la ke katil. Ke bilik tidur. Gua baring. Berangan-berangan.

Mata aku memang dah berat betul. Aku usha jam aku. Nak nengok da pukul berape.
Ngam-ngam aje aku alihkan jam aku, gua boleh ternampak ade lembaga dekat penjuru katil belah kiri aku. Gua nengokkan atas bawah. Die pon boleh pulak tiru aku. Die nengok bilik aku atas bawah Kiri kanan.

Tak jelas sangat. Aku nampak die ade misai. Baju ade gamba Sid Viciou hisap paipon warna merah. Seluar. Macam pakai kain. Gua saspek die manusia.
" De lu nak ape de.? malam-malam buta masuk bilik gua"
Diam. Lame jugak diam tuh.
"Nang Nak, Ong Bak, 4bia, Coming Soon, Narathiwat"

Konferm. Konferm hantu Siam neh. Cis "menyesal gua x beli kamus bahasa Siam"
Aku pon tutup mate. Terus buat pose tidur. Aku agak aku x reti bahasa die. Konferm x kaco aku.

Gua silap besar beb. Belum sempat gua nak sangap gua dengar bendaklah tu jerit. Kuat. Aneh. Dia terus nak terkam aku. Aku rase muke aku macam nak pecah. Takut beb. Die punya daip kalah Jamion daip bola swing aku. Lepastuh aku diam aje. Malas nak layan menatang-menatang macam nih. Bazir waktu malam.

[,]

Aku bangun. Nak kencing. Gua nengok kanan. Peh bendaklah tuh boleh ngorok kuat2. Last-last aku malas. Aku diam aje. Kejap-kejap die mengigau.
" Thaksin, Ponsana, Thaisong, Langkasuka, Pattani, Ong Bak, Nang Nak, Phuket, Narathiwat?''.
Yang buat aku menyesal enggan belajar bahasa Siam dulu-dulu.

Feb 12, 2010

Menerawang.

Pagi tadi entah kenape aku entah boleh pula bangun awal, dan berjaya plak tu Subuh tanpa perlu dikejut. walaupun begitu aku x bangga sebab ni pada saat tuh tah knape baru sekarang terasa bangganya. Macam biase lepas subuh aku pun bukak la doa banyak2 tapi, belum sempat tangan aku nak berasap aku terdengar bunyik orang bg salam.

Disebabkan aku la yang pling dkat ngan pintu, aku pun menjengulkan la kepale beb! kehairanan. Jarang bebenor ade orang nak datang kt umah aku pagi2 buta. Ade dua orang laki2 (bukan bapok) pakai suit macam orang putih, siap ade kot dkat depan umah aku tergamam.

"Lu orang nak ape pagi2 buta neh.?"

"Encik Izzat eh? ko mari sini ikut kami, kami perlukan khidmat kamu dalam kompeni kami.orang genius macam lu neh tak boleh blah, kene blah jugak."

Tercengang punya tercengang sekarang aku dah ade kat ISS dah. aku tulis nih masa aku dkat ISS la neh. ISS bukanya institut sewel sengal eh. haha iss yang dekat atas atmosfera jadah tuh.
Esok baru tawu ape diorang nak dengan aku.

Dekat tempat neh ayam dengan nasik tak boleh makan. Makan pakai tube aje. Boleh kurus aku camneh.

Feb 11, 2010

Takde Mase

Hehe, masa tu ade bukannye takde,

Kontradiktori.

Assalamualaikum.
Dengkuran bersahut-sahutan mase aku tgah menaip post neh. hehe.
Oleh demikian kerana ini mungkin adelah post pertama saya yang belum lagi didelete,
berasa bangga harusnya saya kerana berani jugak membuat jadah namenye blog ini.
Idea nak buat blog neh da lame jgak do sebenarnya, cume mungkin kemalasan dan kekaratan mesin membina ayat saya ini yang melewah-lewahkan kelambatan proses membuat pe jadah namenye blog ini.

Kehidupan pun terus je la berjalan serta berlanggaran dengan masa sampai aku sendiri tau tak ape pun nak dibuat kt umah neh. Oh ya, ape jenis temakah blog ini bakal terjadi? hah? Nak kene ade tema ke hah? Lagipon pejadah blog neh nak kene di cat balik, dituning balik sampai lawa gile. Kemalasan do nak pejadah2 tuh semua.

Hehehe jangan tanye la do kenape pejadah blog neh aku buat. haha. Tak jawab tak aku. Yang penting bukanlah kerana terpengaruh dengan bloggerboy pejadah tu, lgikan pula tuk buat bisnes atas talian. Online tuh dalam talian ke atas talian?

Selamatlah membaca, selamatlah penyelamat Selamat yang terselamat di dalam operasi menyelamat oleh ahli Keselamatan Selamat Segamat.
Cheers...