Dec 30, 2010

Terminal.

Rumah gua dekat larkin, dan terminal larkin yang tempat bas-bas lepak-lepak hisap rokok tu tak jauh jugak dari rumah gua. Adalah dalam 3 minit berjalan lenggang-lenggang steady.

Kalau dah tiga minit lu berjalan dari terminal larkin tu, dengan gaya lenggang-lenggang steady nyanyi lagu Wings pun lu tak nampak rumah gua. Makanya lu kena telepon gua.

Dec 29, 2010

Sidekick

Cadangan Abdul sebentar tadi untuk keluar dari mainstream ditolak dan ditentang kuat-badang oleh Gandak, sidekick beliau.

Katanya gandak, macam mana Abdul nak keluar dari mainstream, kalau Abdul sendiri, belum pernah, malahan masih jauh lagi nak mencapai tahap masuk mainstream. Katanya, bagaimana nak keluarkan sesuatu daripada sebuah sistem kalau sesuatu itu, belumpun diserap masuk ke dalam sesebuah sistem tersebut. Ini idea lunatik, bodoh, tergagai, pedajal, dan hina di mata masyarakat marhaen. Ini idea yang tidak. Tidak apa ya, kata gandak.

Abdul berdiri di kaki langit dan pandang Gandak dengan hujung mata dan senyuman tajam. Katanya, gandak itu cuma cemburu sama beliau. Gandak tu cuma tahu cakap tapi tak reti buat. Gandak adalah Abdul yang terlalu teorikal dan tidak banyak tanda tanya. Gandak adalah projeksi narkisis Abdul.

Abdul terjun dari tanah yang beliau berdiri itu, dan mendarat ke bulan.

Maka sejak itu, Gandak tiada lagi.

Dec 28, 2010

Maskot

Kalau lu kata sekarang, kawasan lu sedang hujan. Tak semestinya kawasan di enam puluh tapak dari kawasan lu hujan jugak. Hujan tak menyeluruh, dan selepas hujan biasanya adalah satu keluhan yang lega dan tenang. Selepas hujan adalah tempoh masa yang senyap dan tenang. Maka, kalau lu kata sekarang, kawasan lu sedang hujan. Lu tak boleh kata hujan turun jugak di kawasan yang terletak di enam puluh tapak dari kawasan lu.

Tukar

Maka tak lama lagi ada satu Januari 2011. Bermakna mulanya era belas-an. Yang belum kita tahu apa akan terjadi dan. Dan adalah sambungan kepada era sebelumnya. Yang tidak diberi nama kerana apa yang ada hanyalah opresi dan opresi. Serta anak muda dikontotkan mindanya. Jadinya itu tanggungjawab kita muda belia era ini untuk mencipta era baru yang bila sudah tua nanti ada suatu bangga untuk diceritakan. Apa yang kita ada hari ni, untuk dekad belas-an?
Justin Bieber? Najib? Mgmt?

"Maka ada sepuluh tahun lagi, sama ada era belas-an ini adalah era panji hitam, atau era penurunan tamadun, sekurang-kurangnya, kita perlu ada sesuatu kebanggaan sebagai belia. Maka, bila dah tua nanti, ada satu bangga kita mahu ceritakan kepada anak-anak muda pada zaman seterusnya. Mereka dari era-era dahulu ada woodstock, ada Cobain, Vicious, Hendrix, hippies, anarchist, LSD."


Mereka maksud gua muda-belia zaman dulu, ada suatu zaman yang bebas dan pada gua adalah sangat unik, dan daripada zaman 60-an hingga kini, yang paling rancak berkembang tentunya 'Rock' selain dari teknologi dan politik.

Last-last gua tau benda-benda macam ni takde pekdah, dan ini semua adalah kerja-kerja setan. Kahkahkah.

Dec 27, 2010

Hujan.

Pagi tadi mendung, dan selepas itu hujan turun. Hujan biji-biji poppi. Orang gelandangan gembira, orang-oang biasa gembira. Semua orang nampak naga dekat dinding, nampak manusia terbang-tebang, lantai terapung dan kelapa jatuh ke langit.

Esoknya, berita kata. Hari semalam, adalah hari pening dan menyempit fikiran.

Dec 26, 2010

Shhh!!

Kahkahkah.

Yang ini tadi gua delete dengan penuh rasa bangga dan rasa seperti seorang menteri yang makan rasuah.

Kahkahkah.

Sekarang adalah ini. Babai yang dulu-dulu. Tadi.

Kahkahkah.

Yang ini tadi gua delete dengan penuh rasa bangga dan rasa seperti seorang kurt cobain yang makan tanah.

Kahkahkah.

Efifani/Ephiphany.

Selepas aku hampir-hampir terlupa, pagi tadi seekor pari-pari turun dari dalam perigi. Dari dalam perigi tempat aku selalu mengambil air. Mukanya cerah, dan ianya terapung-apung bagai bulu pelepah seekor merak gemilang yang angkuh dengan warna-warni yang menenggelamkan rasa hina darah dan dagingnya. Pari-pari itu, seekor betina rasanya aku, dan bukanlah beliau itu berasal dari sinetron-sinetron petang yang kita suka. Dan beliau tidak bewarna-warni.

Katanya aku, engkau mahu apa?

Dengan penuh gemalai dan keayuan asli bukan palsu, katanya dengan separuh nada manusia bicara, Engkau sudah nakal dua tiga hari ini, aku perlu turun dari dalam perigi. Memeluk engkau yang kini nakal.

Katanya aku, lagi. Engkau pasti, yang ini masanya engkau tak salah orang? Aku tidak nakal untuk dua tiga hari ini, malahnya aku hanya terperuk di satu sudut hati manusia lain yang berderas dengan rasa-rasa manusia. Tidak wujud nakal di sudut itu. Sekurang-kurangnya tidak sampai dua tiga hari nakalnya bertahan. Engkau salah orangkah pari-pari?

Pari-pari itu, mukanya berkeruh, seperti wujud sebuah efifani selepas mendengar penjelasan aku. Mukanya berkeruh, lalu sedikit-demi sediki, menawar dan tersenyum. Nama gua elizabeth, kata pari-pari itu. Dan ya, aku mungkin tersalah orang. Tetapi aku tidak akan tidak silah, tetap engkau adalah orangnya. Marilah ke gua.

Okeng, kata gua lalu mendepakan kedua-dua tangan gua ke arah elizabeth, sepertinya terpesona dan tiada tanda tanya dan hanya untuk mengetahui, bahawa aku dan dirinya tidak pernah wujud.

Aku dah katakan tadi, engkaulah orangnya. Engkau nakal, engkau tidak wujud pun dalam dunia ini. Atau mungkin aku yang tidak wujud dalam dunia engkau? Atau kita berdua sama-sama tidak wujud dalam dunia projeksi bukan dari minda kita berdua? Elizabeth menunjukkan taringnya, kukunya, dan kepaknya yang putih bertukar hitam, matanya yang membulat, menyepet, dan anak matanya merah. Merah lebih merah dari biji saga. Ianya merah yang terbit dari kemarahan.

Gua hanya boleh ketawa dan senyum sinis. Sekurang-kurangnya, tiada efifani untuk diri gua, dan ianya seperti mendengar kisah-kisah dongeng remaja kurang ahlak.

Underfrown.

Ape yang tertinggal dari saki baki kemarahan, adalah rasa malu dan rasa bodoh. Yang mendalam, membukit, membusung dan memekung. Ia pasti akan kelihatan lepas surutnya kemarahan (bodoh dan malu)

Sebab itu. Kalau boleh, jangan biarkan kemarahan lu masuk ke dalam mainstream. Simpan sahaja untuk scene-scene underground dalam diri lu. Akan pecah? Akan meletup? Akan menjadikan satu jenis gila yang berapi dalam diri? Itu tipu dan itu dusta. Kerana engkau tahu, engkau punya tuhan. Engkau bukan atheist? Maka jangan biarkan, kalau boleh. Kemarahan lu masuk ke dalam mainstream.

Akan datang pasca itu rasa sebal, dan malu dan bodoh. Maka yang lepas itu adalah sejarah. Dan yang lepas itu, sekarang, adalah punca kepada apa yang lu rasakan sekarang. Beranganlah sesuka engkau untuk berjalan dalam lebuhraya masa. Kahkahkah, musang yang bermata cerlang dan menghisap paip putih, dari sudut yang jauh dan kecil, akan menjelek, dan memberikan senyuman nipis tanda menghina. Engkau. Pasti tidak akan mampu, merentas masa?








The ground may be moving fast, But I tied my boots to a broken mast


Dec 25, 2010

#38

Gua dah tak berapa nak ingat. Kenyang sangat? Mungkin. Ha Ha.

Selepas ni, kalau-kalau gua ingat semula, gua akan bikin semua. Ha Ha.

Ini rumah gua, katanya. Ini tiada plegeraun, meri-go-raun ataupun rode feris. Yang ada hanya gigi bongsu #38. Ha Ha.

Dec 24, 2010

Hu-HA!

Dengan laju aku sudah berada di padang. Di hujung sungai. Hai, padang segi empat itu warnanye kelabu dan penuh dengan arnab-arnab putih berbulu merah.

Di sudut padang, ada seorang itik mengambil gambar menggunakan penyapu dan pencungkil gigi. Nampak gayanya itik ni merupakan seorang professional. Kerana penyapu yang digunakan beliau, jenis-jenis setting mahal. Penyapu setting-setting lidi kelapa. Subjeknya yang diambil gambar oleh beliau adalah puting beliung, yang sedang bermain bola dengan riang sekeliling padang. Hu-Ha-Hu-Ha katanya puting beliung tu.

Seekor monyet lantas datang kepada gua. Mengadu, katanya otak beliau telah patah semalam selepas berlaga dengan sepasang kasut di soping komplek hujung kampung.

Selamat matahari.

Selamat matahari.

Hari sudah matahari. Dan pagi telah tertegak di kedudukan yang sepatutnya. Gula-gula kapas menyelubungi pagi yang terik di angkasaraya, menggelapkan pemandangan kaca mata manusia kepada 70 peratus keterangan. Matahari yang agak indah.

Manusia-manusia mula berkicau riang. masing-masing keluar dari sarang mereka, berpoco-poco setelah itu, dan barulah mencari cacing untuk disuapkan kepada anak-anak manusia mereka yang baru sahaja menetas setelah itu.

Burung-burung pula, pada waktu matahari sebegini, sedang sedap-sedap setting untuk pergi bekerja. Ada yang kerjanya rambutan, durian, manggis, avocado, ada juga yang kerjanya polis, dan burung-burung itu mesti nak pekena kopi dalam dua tiga das, baru boleh terhegeh-hegeh menaiki zirafah-zirafah tanaman mereka untuk pergi bekerja.

Nampak benor burung-burung zaman sekarang dah mahir. Mahir ape? Maher Zain? Bukan. Maher bekerja.

Dec 23, 2010

Pondok.

Q: Macam mana result PMR gua tadi?

A: Oklah. Sedap-sedap je kalau nak setting masuk sekolah pondok.

Teori.

Jadi berehat bertenang dan santai. duduk di kerusi masing-masing pandang apa yang boleh dipandang sedut apa yang boleh disedut. Ingatlah apa-apa yang boleh diingat. kerana sekarang. maksud aku pada masa aku sedang menaip ini. aku sedang hanya mencumakan menulis seperti apa yang aku suruh dan apa yang kita panggil sebagai automatism. jadi ada satu teori anarkis tentang musang berbulu merah dan bermata hijau. dan aku tidaklah mampu membikin apa-apa selain membenarkan dan mendengar sahaja lagu-lagu nirvana keluaran bukan dr rozmey.


Dan kau tahu? mestilah.

Mestilah aku pun tahu kau sudah tahu bukan. Apa lagi? pergilah. pergi dari sini, ke tempat musang-musang berbulu biru di hutan yang legam dengan asap-asap dari kebencian makrifat yang aku tidak pandang ke skrin monitor kerana ada seekor buaya besar sedang melepak, bersantai minum-minum kopi di hadapan monitor gua.

Apa ada hal. kata gua. kata gua lagi, ada hal apa.

Maafkan kebencian? bencilah benda-benda yang kau belum maafkan lagi. kerana ada musang di hujung sana sedang menghisap paip, dan memakai topi ala-ala maher zain.Sedang merenung engkau dengan pandangan menghina. Ya, kau hina di mata musang itu? Aku tidak pernah kisah kerana kau adalah engkau. Dan musang yang menghisap paip itu cuma adalah projeksi tentang apa segala apa yang engkau benci dan engkau enggan memaafkan. maafkan kebencian?

Ini musim Nirvana dan bukan jastin Bieber.

Malam

Seekor 'Barney and friends' datang kepada gua dengan membawa sepotong kuih lopes yang rangup dan penuh darah. Tak banyak pe'el, gua memberikannya satu sepakan yang padu ke sisi rusuk kiri beliau. Ngam-ngam choi di kedudukan beliau meletakkan. Sekelompok angan-angan beliau untuk menjadi seorang cosmonaut yang ber-tivikan televisyen plasma bersaiz 56 kandang kuda. Yang akhirnya menjadi titisan-titisan air mata duyung yang mengena sepatu gua yang buruk selepas gua sepak.

Usai membersihkan sepatu buruk gua yang berjenama BMW daripada saki baki air mata ikan duyung, gua tepuk-tepuk belakang bahu 'barney and friends' itu dengan penuh heavy metal dan perasaan grunge. Barney and friends itu menangis, dan wajahnya berubah menjadi seperti wajah seekor naga. Dan naga itu, yang gua panggil 'Kitty', kerana lu tahulah kan, naga kalau tengah-tengah malam macam ni, muka mereka macam kucing, bangun, menatap gua dengan rasa Awal Hahari dengan panuh mendalam, dan terbang!

Kitty terbang menjauh dari gua. Dan dari jarak sekilometer. Kitty memuntahkan sebentuk objek bulat berbentuk annulus, yang sampai ke tempat di mana gua berdiri. Ya. Objek itu adalah gula-gula Polo. Yang kita semua suka. :)

Dec 22, 2010

Hari itu, Hari Gua,


"Mengemis; adalah hal yang dilakukan oleh seseorang yang membutuhkan wang, makanan dan tempat tinggal atau hal lainnya dari orang yang mereka temui dengan meminta."-Wikipedia Indon.

Ya. Hari itu adalah hari gua mengemis. Dan untuk gua menceburi scene-scene pengemis ni, memang seronok dan menghiburkan. Lu ingat tak best ke jadik pengemis. Benda sekarang kalau dah takde, ape lagi mengemis?

Dan untuk menjadi pengemis ni-kata seorang pengemis senior dekat tempat gua mengemis hari tu-kalau nak jadik pengemis high class, lu kena ada sifat malu yang betul-betul high class, dan tiada sikap bodek. Barulah betul-betul boleh jadik legend dan tak dicop budak-budak baru nak up dalam scene-scene mengemis.

Katanya lagi, "biasa aaa dik. Semua scene pun ada budak-budak baru nak up. Tinggal lagi orang je nak nilaikan lu ni macam mana", sambil menepuk-nepuk bahu gua dengan penuh kasih sayang.

Gua sedut angin dalam-dalam. Dan hari ini. Hari ini bukan hari untuk gua mengemis. Lagi.

Dec 21, 2010

Balik? 2

"Jadi yang ini perlu buat macam ni?", kata Sanusi. dalam diam-diam dia itu, dia bertanya dengan lantang. Boleh tahan lama jugak dia dah tak keluar dalam mana-mana post. Entah ke mana dia pergi, yang tu gua tak tahu.

Berdiri di sebelahnya, Zamri. Sedang menyandang sebuah DSLR. gaya mutu keunggulan anak-anak pavi, bak kata Maicon member gua. Zamri mengacu-acu dan aim ke arah mana-mana yang dia suka, masa waktu gelap gelita macam ni memang bolehlah nampak Nibiru.

Dan di belakang mereka berdua, kalau tak silap gua, adalah seekor ular. Ular Emas. Alah, yang masuk tv dongeng itu hari tu, masa bulan puasa dulu-dulu tu. Ingat?

Dec 20, 2010

Mainstream.

Perihal-perihal mainstream, biasanya dimulakan dengan; "lu dah steady belum nak masuk mainstream nih? Benda macam ni bukan mainan. Lu kena kutuk lagi kuat nanti doe, macam kulat sisir."

Macam budak-budak freemason zaman dulu-dulu lah.

Dec 19, 2010

Allright

"We are young, we run green, Keep our teeth, nice and clean, See our friends, see the sights, feel allright."

Ni tak boleh jadik. Planet Nibiru lagi femes daripada gua sekarang ni. mana-mana pun gua pergi semua orang ada cakap pasal Nibiru ni ape kes? Dah lama ke budak Nibiru ni dalam scene-scene underground ni? Apehal pulak tiba-tiba masuk mainstream terus boleh meletup? kah kah kah.

Ni yang membuatkan gua berkobar-kobar nak pergi surau, dengar ceramah-ceramah true dan steady. Yang bebas tuhan feraun, jabulani, teksi, selipar dan perihal-perihal mainstream.


"But we are young, we get by, Can't go mad, ain't got time, Sleep around if we like, But we're alright"


Dec 18, 2010

Balik?

Bangun pagi, dan gua dengar bunyik kipas bilik gua. Gua harap kipas dekat bilik gua ni dapat terus berpusing dengan mantap dan steady supaya gua bangun pagi, dan gua boleh dengar bunyik kipas bilik gua.

Dec 17, 2010

Hujung?

Bayangkan lu ada di hujung garisan. Hujung kepada segala hujung, dengan hadapan lu adalah misteri, dan hadapan lu adalah sesuatu yang tiada apa-apa(non-eksisten). Engkau pasti tergaru-garu dan segera mencari jalan pulang.

Relatif kepada masa, engkau sebenarnya, tak boleh! Engkau mahu patah semula, dan ia cumanya adalah tidak boleh. Tidak mungkin terjadi, engkau sudah tiba di hujung garisan, dan engkau boleh sahaja berpatah semula, mencipta vakuum masa. Engkau juga menipu kalau, engkau mampu, merasai apa yang berada di hujung garisan. Lainlah, kalau engkau bukan berada di dunia sebenar yang linear dan selari.

Di hujung garisan adalah segala bahaya, dan segala ekspetasi yang engkau carikan dahulu, di awal garisan. Engkau boleh mengagak apakah ianya rupanya-hodoh, cantik- hujung garisan itu. tetapi engkau tidak mungkin pasti akan tahu, apa sebenarnya nikmat berada di hujung garisan.

Seperti sebatang pensel dan sehelai kertas A4 cap ayam, yang engkau gunakan untuk melukis-lakar, sebatang garisan yang konkrit. Engkau tahu di mana harus engkau hentikan daya tekanan ke atas pensil engkau. Tetapi engkau tidak mungkin dapat kejituan yang engkau impikan pada asalnya. Maaf ya, jika tersinggung, engkau tidak pernah sempurna adalah perkataan palsu. Perkataan yang terlahir daripada manusia yang kurang oksigen, dan anemik? tidak-tidak.

Tetapi pada gua, apa-apa yang tidak jitu, itu adalah sempurna. Apa-apa yang tidak sangat membatasi logik, bagi gua juga adalah sempurna. tetapi itu cuma bagi gua, dari sudut gua. Kesempurnaan manusia, adalah bagi gua, adalah kebolehan mereka untuk bermimpi. Dan untuk itu, gua hutang lu satu. Satu penumbuk? Ha Ha!

Di hujung garisan. Engkau tidak akan tahu bagaimana rupanya. Ya. Kerana engkau tidak pernah jitu. Boleh jadik engkau akan melebihi hujung garisan itu. Atau boleh jadi engkau hampir, hampir-hampir sehingga sangat hampir kepada hujung garisan itu, dan belum sampai.

Bagi gua adalah pilihan ketiga, jalan yang tidak ada hujung,

Dec 16, 2010

Refleks

"I don't do drugs. I don't do now.", kata seekor robot kaler kelabu sambil mengetuk-ngetuk cermin kereta gua, petang tadi masa gua nak ambik bubur dekat masjid. Masa tu jalan jam, dan gua baru je dua saat kasik turn on signal kereta ke kanan, masa robot tu buat pe'el.

Bila gua buat dono, dan dono, dan dono. Robot tu makin kuat ketuk cermin kereta gua. Gua kasik sentap satu perkataan 'babi' dengan penuh steady dan cukup harkat, gua harap dia tak dengar. Robot tu makin ketuk kuat-kuat lagi cermin kereta gua. Dan kali ni gua dengan penuh steady kasik up jari tengah tangan kanan gua tepat ke arah robot tu.

Robot tu tersengih dan buat muka bingai.

Lepastu gua bukak tingkap, tanda kesian dekat robot tu. Belum sempat gua nak bukak mulut nak bagi salam, robot kaler kelabu tu dah steady bertukar rupa, dan makrifat jadi berjuta-juta, atau mungkin berbillion-billion ekor lalat. Yang seterusnya, masuk ke dalam kereta gua melalui bukaan tingkap yang separa luas.

Gua dah tak keruan, dan mula melakukan tindakan refleks kecelakaan brader-brader lepasan spm. Iaitu sebut babi. Lalat terus menderu-deru masuk, sambil-sambil bikin bising wruuuung wruuuung yang buat kepala gua bingit petang-petang gini. Gua cakap babi sekali lagi, dan seekor lalat melempang gua dengan begitu deras. Dan itu. Itu membuatkan gua tersebut. "wOw Impresto!"

Nasib gua baik harini, sebab gua dapat makan bubur, dan lalat yang berekor-ekor tu tadi, masuk sahaja semuanya ke dalam kereta gua. Dan berubah menjadi seorang awek yang cun yang sengih tak habis-habis sepanjang dalam kereta gua.

Gua harap beliau normal.

Dec 15, 2010

Hal-hal Steady.

Esok, gua harap gua dapat bangun tepat pada masanya, mandi siap-siap, pergi masjid awal-awal. Gua nak kejar benda paling rare kat Malaysia. Tahap dia lebih rare daripada tisset ada gambar Cobain masa kecik-kecik. Benda ni kalau tak dapat boleh buat gua kempunan setahun.


Esok, gua harap, gua dapat bangun tepat pada masanya, mandi siap-siap, pergi masjid awal-awal. Rembat tiga-pat bungkus bubur Asyura.

Baru steaadyyy hidup gua setahun!

Dec 14, 2010

Trankuiliti Abdul

Nampaknya gua dah tahu rahsia kau, Abdul. Rahsia kau yang paling besar, tadi aku jumpa dekat lu punye kocek, masa lu tidur. Rupanya, lu punya rahsia, adalah, lu tidak ada apa-apa rahsia. Abdul, rahsia seperti itu sangat pffftt. -.-"

Dan abdul terjaga dari tidurnya, di tengah-tengah hutan macam biasa. Ada pokok besar-besar van, ada dua tiga ekor kancil tengah main lompat-lompat buaya, dua tiga ekor arnab putih tengah hisap rokok sambil menyandar di perdu pokok meranti menunggu masuk shif bekerja, dan beberapa orang budak yang belum putus susu main pasir.

Burung pipit yang biasanya bersiul di pagi-pagi yang cantik macam ini, hari ini tak bekerja, dengar kabornye, dia sakit tekak hari ni. Beberapa ekor kucing hutan sedang bermain poker, sedang riuh berlari ke sana sini, sampai tak cukup tanah, sebab kena kejar dengan tikus polisia sebab tak bayar suap.

Sebagai ganti burung pipit yang mc hari ini, seekor harimau mengambil dahan yang paling tinggi sekali di rimba itu, dan menyanyikan lagu rinduku terhenti oleh tomok.

Maka, inilah yang abdul kaborkan sebagai Trankuiliti Abdul.

Dec 12, 2010

Mata

Tiada beza antara seorang mak yang membelikan anaknya sehelai baju RM10 dekat kedai Fesyenku dengan seorang mak yang membelikan anaknya sehelai baju lacoste dekat Pavi.

Oh ya, mungkin ada beza. Lu punya mata.

Dec 11, 2010

Mendubuk. Ya?

Gua adalah manusia yang jenis sebegitu. Itu hari ada orang mencetuskan persoalan "Jikalau habitat hyena ada di Malaysia, sudah tentu namanya banyak disebut dalam peribahasa Melayu. Ya", atau lebih kurang sebegitulah.

Gua kata, 'mendubuk' dan beliau definasikan sebagai atau mungkin contoh maksud peribahasa itu ialah, "orang yang bila ramai baru dia berani, kalau seorang-seorang pandai pulak buat senyap."

Ya.

Dan gua rasa, gua adalah manusia yang mungkin adalah mendubuk, tetapi dengan definasi: "apabila kawan ramai tunjuk lagak, cakap besar. Tapi bila sorang-sorang menunduk pemalu, macam semua orang". Ya. Gua petik dari lagu Butterfinger, Tentang-Tentang.

Ya?

Tapi itulah yang gua rasa tadi. Sejuk sampai ke tulang, mulut terasa kebas, rambut terasa ringan, dan segala kerangka inersia yang berada di sekeliling gua bergerak ke belakang. Gua tadi hampir menyamai kelajuan cahaya. Ha HA.

Gua harap gua tidak minum kopi. Malam tadi. Ya.

Dec 9, 2010

Berdiri di sebelah gua adalah sebuah patung gorgoyle marmar, bewarna merah padam. Matanya cokolat cair dan giginya kuning, macam tak pernah kena gosok. Di waktu malam-malam macam ini, dengan angin yang kencang dan kilat berlumba lari. takde sebab untuk gua berasa riang gembira seperti dalam iklan kinder bueno.

Tidak patut riang dalam keadaan aku ini sekarang. Seekor lalat.

Kah kah kah part2.

Petang tadi, sedang gua bersiap-siap nak pakai kasut bola, baru gua teringat dekat-dekat rumah gua ni mana ada padang. Sebagai inisiatip belia 4B. Gua keluarkan parang yang bapak gua sorokkan bawah rak kasut dan gua hayunkan parang tu ke kiri dan ke kanan, mengikut tartil dan tertib. Gua dapati perasaan yang datang selepas itu agak cilaka. Dan rakyat jelata dekat kejiranan gua nampak takut dan salute sama gua.

Inilah yang gua kaborkan sebagai kejiranan idaman.

Dec 8, 2010

Kah kah kah.

Bangun pagi dengan bunyi kokokan ayam, gua terduduk di hujung katil, sambil menggosok-gosok rambut tanda kurang selesa. Selesai termenung apa yang patut, gua bangun betul-betulkan kain pelekat gua dan bergerak ke dapur.

Gua bancuh teh dan duduk dekat depan komputer. Gua bantai jawab Formspring gua mana yang patut, sambil tangan kiri gua cermat-cermat menyua cawan teh kaler hijau ke mulut gua yang baru bangun tidur ini. Gua senyum nipis bila ada yang tanya, bila next show gua nak diadakan.

Inilah yang gua kaborkan sebagai cuti idaman.

Deraib

Tidak jelas, dan tidak pasti. Gua rasa gua sekarang berada dalam fasa separa delirius. Bau-bau hanyir besi, dan analgesid, bergabung memberikan kesan nista dalam tenggorok gua. Warna putih dan krim. Warna lain tiada dalam julat penglihatan gua.

Selain daripada itu, ada bunyi jam, tik-tok-tik-tok, ada juga bunyi orang sedang bercakap dalam bahasa yang gua kenal. tetapi gua dalam separa delirius. Apalah sangat.

Rupanya gua dekat kedai mamak, dan sedang tersalib di skrin LCD besar yang dipasang mamak itu untuk menambahkan bilangan wang yang berkepuk masuk ke dalam mesin wangnya. Mamak itu gembira, penonton ramai dan aku terus berpuaka di situ, Tersalib dan kepala terus tunduk ke bawah. Kerana, aku dongak sahaja kepala, cahaya LCD itu menyilaukan mata gua. Dan gua pilih untuk terus tunduk dari buta mata.

Malam tahun baru macam ini, mata gua terpandang ke bawah, dan aku berada di atas sedikit sahaja dari aras bawah laut. Cukup untuk sekadar memberikan sensasi tidak tenang dan bertukar arah. Selalu aku tulis dan tidak tekan bekspes. Dan ini adalah kecelaruan, separa delirius, ada macam-macam sekarang, sepohon kayu, mr.crowley, iman adalah mutiara, kain pelikat, lagu uefa. Itu bergantung pada masing-masing.

Dec 6, 2010

Tasik

Shh! Senyap sikit. Gua sedang lari ni. salah! Gua sedang dalam pelarian. Sekejap sahaja lagi. Sekejap lagi, gua kasik tunjuk dengan lu, tasik yang gua sebut-sebutkan hari itu.

Tapi maaf. Sebentar lagi ya! Sebab sekarang ni, gua dalam pelarian.
Sit down and drink Pennyroyaltea.
Oh nevermind. We ain't racist. We are just colurless.

Dec 5, 2010

Gua tau! Gua tau!

Gua nampak pelangi petang tadi, dan tiada pulak aku nampak tangan-tangan manusia yang kudung sebagai akibat menunjuk-nunjuk ke pelangi. Agaknya jari diorang dah kena ludah cepat-cepat kot.

Gua nampak pelangi petang tadi tu ikhlas sangat.

tak macam Dr. Rozmey.

Entah-entah

"Absurditi adalah sesuatu yang terapung-apung di antara dua medan. Iaitu medan yang konkrit, dan medan surreal. Ataupun di dalam bidang logik, absurditi terapung-apung di antara nilai 1 dan nilai 0. Ia berterabur di antara kedua-dua medan itu seperti sebuah bangunan kukuh yang tidak dipasakkan ke dalam bumi. Absurditi itu kukuh pada sifatnya, tetapi ia tidak stabil dalam konteks kedudukan relatifnya. Ia boleh bergerak ke medan kekonkritan, dan boleh juga ke arah surrealisme. Bergantung kepada bagaimana absurditi itu sendiri diintrepitasikan. Bergantung kepada bagaimana caranya disampaikan. Dan kebiasaannya, absurditi tidak boleh membawa angka satu mahupun sifar dalam pemikiran logik."

Untuk mengetahui bahawa gua ada sifat Narkistik dalam sanubari, memang membuatkan gua tidak senang duduk, mandi tak tidur, dan tidur tidak makan. Ia bukannya sebagai, aku tidak mahu tidur, atau aku tidak boleh tidur. Masalahnya ialah, bagaimana harus gua boleh tidur? Itu sulit dan menyulitkan.

Sejak-sejak gua tahu hal-hal Narcisstic ni. Gua rasa sangat entah-entah.

Dec 2, 2010

Selain itu dan ini, adalah berikut.

Tengah hari, Seremban.

Ya. Sudah tengah hari dan aku baru bangun pagi. Baru nampak matahari, dan menghirup udara secara konsius. Nampak gayanya, tengah hari ini, aku berada di Seremban. Ya, Seremban.

Aku tahu, tiada. Apa yang aku sedar, tiada. Tiga hari sudah, maaf dua hari sebenarnya, gua berada dan terperangkap di tengah-tengah hedonisma remaja. Yang menghulurkan neraka berbentuk hiburan, gula-gula dan rakan-rakan.

Sepatutnya bukan gua, dan bukan rakan-rakan gua. Tetapi gua dah tersilap langkah. Gua sudah pun bangun pagi, di tengah-tengah hari di seremban. Gua harus cari jalan pulang, dengan tiket bas yang tiada lagi untuk hari esok. Dunia banyak jalan, dan gua pilih untuk bangun pagi, di tengah-tengah hari di seremban.

Ianya bukan nikmat. Atau mungkin, nikmat yang sebenarnya bukan adalah sebetul-betul hakikat.

Gua bangun pagi, di tengah-tengah hari di Seremban, dan gua mandi pagi, pada petangnya. Yang tidak redup serta mungkin hujan.

Ahhh...

Dec 1, 2010

Hippies, katanya hippies! Bahagian tiga.

“If someone thinks that love and peace is a cliche that must have been left behind in the Sixties, that's his problem. Love and peace are eternal.”-John Lennon


“When the power of love overcomes the love of power, the world will know peace."-Jimmy Hendrix


Yang ada sekarang di woodstock adalah, tiada apa. Tidak kosong, cuma tiada apa lagi yang boleh gua gambarkan sebagai kuasa bunga, dan aman yang hijau. Festival di woodstock yang berlalu tiga hari itu, banyak memakan tenaga. Yang mana tenaganya datang dari alam.

Matahari, dan kuasa bunga misalnya.

Maka yang ada sekarang di Woodstock hanyalah, kesan tapak kaki kita-kita, rumput yang patah-patah, tanah yang mampat dan seliratan air peluh yang membasahi bumi woodstock. Cukup untuk tidak memberikan kesan toksik kepada lembu dan seladang yang diternak di ladang woodstock itu.

Matahari, dan kuasa bunga misalnya.

Akan melalukan tugas-tugas mereka, menghilangkan kesan tapak kaki kita-kita, mengiurkan rumput yang patah-patah, dan memulangkan semula apa yang kita-kita telah lakukan di bumi woodstock.

Matahari, dan kuasa bunga misalnya.

Tak mungkin boleh memulangkan semula belon hijau berbentuk bola yang gua-secara tidak sengajanya-lepaskan dari genggaman gua tempoh hari. Dan memori-memori imbasan lampau yang mungkin akan gua ingat, jikalau tiada apa yang aku lupakan. Bunyi gitar yang putus tali, suara penyanyi yang off-key dan dansa-dansa kita, serta fesyen keamanan yang kita tonjolkan.

Hippies! Katanya, hippies!

Nov 30, 2010

Hippies, katanya hippies! Bahagian dua.

Dah tiga hari, masuk hari ni. Gua berkampung di woodstock. Mungkin bukan berkampung sebenarnya, berkhemah mungkin lebih tepat. Pagi untuk tidur, dan selebihnya untuk berkongsi idea, melayan jiwa dan menyeliratkatkan peluh dengan nikmat-nikmat lapang sementara yang gua dapat.

Gua tahu hari ketiga ini, hari terakhir untuk belon berbentuk bola yang bewarna hijau itu, aku hadamkan dalam ingatan. Untuk aku menikmati, kerana ini adalah hari terakhir festival di woodstock ini. Hey, hari ini hari ketiga.

Keadaan di woodstock tidak macam itu juga. Tidak bersih, berselirat dengan peluh dan hairband-hairband yang pelbagai warna. Woodstock tetap adalah syurga bagi mereka. tetapi tidak untuk gua. Gua melihat woodstock hari ini adalah sebuah padang festival yang berasap-asap dan penuh tangisan.

Ya bumi woodstock hari ini bergembira dalam tangisan. Tangisan yang hanya gua dan dia sahaja yang dengar.

Kumpulan kugiran bersilih ganti, lagu-lagu beterbangan di udara dan manusia yang menari-nari tiada lagi yang berhenti. Gua berharao hari ini tidak hujan.

Dan biarlah. Kadang-kadang aku ini terlalu bodoh untuk menjadi seorang kaukasid yang skizofrenic. Ataupun semitik yang menyangap darah mereka-mereka yang malang dari hidup.

Biarlah, hippies! katanya, Hippies!

Hippies, katanya hippies!

Tentang belon hijau berbentuk bola yang gua lepaskan di festival woodstock itu hari. Gua minta maaflah. Memang gua tak boleh nak perasan sangat benda-benda yang kecil macam tu. Lagi-lagi di tengah-tengah lautan manusia-manusia hippies yang sedang menikmati enak muzik irama yang melunakkan jiwa mereka itu. Serta peluh yang berselirat, serta kecintaan yang bersepah-sepah.

Gua bukan sengaja, gua pun seperti mereka, menyeliratkan peluh, menaikkan adrenaline, menumpahkan nikmat dan beriang-ria seperti tiada esok di woodstock itu hari. Belon hijau yang berbentuk bola itu gua lepaskan mungkin sebab keasyikan yang tinggi.

Maaflah.

Lagipun kau juga yang kata kepada gua, habis sahaja Jimmy Hendrix perform Little Wings, bahawa orang timue adalah orang barat juga, dan orang barat juga adalah orang timur.

Kata kau lagi, Timur dan Barat adalah hanya satu ilusi yang dicipta manusia yang penuh skeptik dengan dunia yang bulat dan penuh kehijau, biru. Dan yang ada di dunia hanyalah sebenarnya cinta dan keamanan, yang mana hanya orang-orang seperti kita faham.

Ya bagaimana, kata gua bagaimana.

Dan kau jawab, bagi kita hari-hari adalah hari yang penuh dengan jiwa yang aman dan segeluk susu serta secubit candu.

Kau jawab lagi, hari-hari adalah hari Hippies!

Nov 28, 2010

Gua ketua dewan makan part. 2

Ini jadi bila gua bukak google chrome, dan translate jadi bahasa orang putih. =D


-I think I'm dumb
or maybe just happy-

This picture is a classic takdenye want. Cave even remember how I can kind of acting style eh.

Cave see this picture as an award-winning, nothing. But I do not care really. Things like this after all, can not avoid the cave from doing such things. Ermm, wake up early in the morning and see the mirror there is a calculator nearby. There should be a cave near there.

Yes, like wake up early in the morning and my face is a piece of brazen scientific calculator. In front of a mirror
.

Benda-benda macam ni memang boleh pergi tak jauh.

Stratosfera.

Jadi bagaimana? Katanya, Bagaimana.

Kucing-kucing Schrodinger dan tab mandi Archimedes, belon berbentuk bola dan berwarna hijau, hari yang tidak menjadi dan hujan, makanan yang elit dan basi, serta ladang-ladang anggur dan periuk api.

Bagaimana? Katanya, bagaimana.

Di kiri dan kanan kau katanya. Engkau melepaskan belon berbentuk bola dan berwarna hijau, di majlis yang sesak di padang yang luas. Engkau ludahkan marah kau di tengah padang, dan ianya bertukar menjadi api yang membakar semua orang. Dengan satu spirit. Satu spirit.

Dunia perlukan keamanan. Dan aku jumpa belon yang engkau lepaskan itu, di sudut pokok meranti. Tidak hijau, bulat. Ianya cendawan, dan merah teluki.

Hippies! Katanya, hippies!

Nov 26, 2010

Gua ketua dewan makan part. 1


-I think I'm dumb
or maybe just happy-

Gambar ni takdenye nak klasik sangat. Gua pun ingat lagi macam mana gua boleh berlakon gaya macam gini.

Gua lihat gambar ini sebagai pemenang award, tiada apa. Tapi gua tak kisah sangat. Benda-benda macam ni lagipun, bukannya boleh elakkan gua dari melakukan perkara-perkara seperti. Ermm, bangun pagi-pagi dan melihat dekat cermin ada kalkulator. Yang sepatutnya ada gua dekat situ.

Ya, seperti bangun pagi-pagi dan muka aku adalah seketul kalkulator saintifik yang kurang ajar. Di hadapan cermin.

Nov 23, 2010

Usbk-Rasta

Salim rasta, budak ni baru sembilan tahun dah pandai mengurat awek. Masuk darjah lima dah hisap ganja. Cikgu Ali Kening tau itu semua.

"Cikgu, main bola ni, kalau kena gayanya sama je macam isap kenebis. Bila amaun dos kenebis tu tepat dan mengena dengan kadar masa jaga kita. Kita boleh mencapai orgasma kenebis, kita boleh nampak bayangan Tuhan. Sebab tu saya nak main bola. Mana le tau kalau dah betul-betul feel habis main bola ni, saya dapat capai orgasma bola pulak, boleh nampak bayangan tuhan nanti."

Dan dan sahaja dua orang budak berlari sambil bertelanjang bulat melintasi Salim rasta, dan jatuh ke longkang.

28/6/2010-5:01 a.m


Nov 20, 2010

Usbk-Spirit

Melihat dress-up budak yang sedang duduk di depannya, kaki Cikgu Ali Kening dah ringan-ringan je nak menyepak. Tapi beliau tetap bersabar sebab dia seorang pengakap. Dan dia seorang pengakap yang mematuhi sepuluh undang-undang pengakap, termasuklah undang-undang Kasihkan Binatang. Pernah sekali masa baru nak berjinak-jinak nak berkamping, beliau ditampar guru pengakapnya kerana tak memakai skarf pada setiap masa. Menurut guru pengakapnya itu, "skarf ni nyawa seorang pengakap, bukan saja nak tiru-tiru Sailormoon".

Budak yang sedang duduk di depannya itu, bernama Kassim Spirit. Sebabnya, kalau si Kassim ni berjaya menguasai perbualan, perkataan 'spirit' tu boleh dia ulang sampai lapan belas kali satu ayat. Sebagai contoh,
"Spirit gua tak berapa nak menaik, sebab semalam punya spirit tak datang spirit yang betul-betul spirit". Ok la tak sampai lapan belas 'spirit' satu ayat.

"Agak kau dah kenapa? nak main bola baju gaya macam ni. Seluar cawat takde, macam mane le kau nak menyepak bola nanti? Ape kebende le kau ni woi?!", kata Cikgu Ali Kening, cool dan tenang.

"Cikgu kalau saya tak pakai macam ni, macam mana pihak Mastika nak tau bahawa budak-budak punk Malaysia pun ada spirit nak main bola? Lagipun kalau saya pakai macam ni, spirit dia naik lain macam. Sepak bola kaki rasa ringan je. Tanduk bola rasa ke depan je. Kan ke bagus spirit dia macam gitu. Barula Mastika boleh kabo "Punk Not Dead" cikguuu. Takdela nak cakap kitorang makan sampah KFC. Yang makan sampah tu lain cikguuu, poser lebih tu. Ha ", jawab Kassim penuh spirit.

Membernya Kadir gondol, bertepuk-tepuk tangan sambil buat bunyik Vuvuzela tempatan. Ala yang bunyiknya boleh buat macam-macam funnction tu. Panggil mamak suruh kira dan ushar awek-awek kilang sekali. "Suuwiit. Suuuwwiiit", bunyinya.

28/6/2010-4:45 a.m

Nota Kaki-Cukup 150 gua hiatus

Nov 19, 2010

Usbk-Salim 'Nevermind'

"Kau pandang bola ni macam mana?", serius Cikgu Ali Kening menanyakan soalan itu kepada Salim 'Nevermind'.

"Bola ni sama je macam lagu-lagu Grunge cikgu, masa mula-mula slow je tempo dia, mellow, kadang-kadang boleh sampai tahap plucking. Bila dah sampai tengah sikit, dah sampai part distorsion memang laju, keras. Suara pun mula nak 'wargggh, warghhh'. Time dah korus tu lah goal dia. Headbanging tak ingat. Drum snare macam nak pecah. Symbal crash memang nak bersepah, suara pun dah 'roarghh,roarghh'. Lepas korus kalau untung slow balik, mellow balik, kadang-kadang boleh sampai tahap plucking. Lagipun main grunge ni boleh salah-salah masa goreng solo. Ha itu kiranya kena kad ke, takik kaki lawan ke, curik ayam la tu kalau dalam bola."

Mendengar jawapan Salim 'Nevermind' yang panjang lebar dan tiga nafas tu, cikgu Ali Kening angguk-angguk sambil kunyah gula getah 20 sen. Memang saja nak kasik efek pengurus-pengurus international katanya.


28/6/2010-4.35 a.m

Nota kaki- Cukup 150 gua hiatus.

Nov 18, 2010

Meletup


"Kau pasti nak buat macam ni? Tak gentar dan gigil-gigil langsung ligamen lutut kau?", tanya Leman Cap Jempol kepada Cikgu Ali Kening dengan padu.

Serentak dengan jawapan pasti yang lantang, Cikgu Ali Kening menampal padu 'flier' berwarna putih dan bertulisan warna-warni dekat dinding sebelah pagar sekolah. Ada gaya macam flier nak ajak pergi majlis harijadi budak tadika. Tapi bukan.

"Ujibakat Sinaran Bola Kegemilangan-Sapa tak datang, memang sayang mak"

"Benda macam ni memang kena buat lincah-lincah, nanti karang dah malas susah", kata Cikgu Ali Kening sambil mengaru-garu kepalanya yang ada rambut.


Nota Lutut-
Post ni bertarih 28/6/2010. Masa tu bolasepak tengah up dekat afrika. Budak-budak anti mason pun tengah sibuk lagi nak carik hidden message dalam world cup tu, tapi gua dah bikin set cerita ni. Cerita ni ada empat siri. dan gua tak dapat habiskan. Sebabnya, 30 Jun gua dah masuk kolej. lepastu diri gua yang otherside cakap benda-benda macam ni lucah sangat. Tapi gua nak post sekarang jugak. Sebab tak lama lagi benda-benda macam ni dah rare. Gua schedule, dua hari satu cerita. jadik gua boleh fokus untuk final sem gua. Kehkehkeh. Benda-benda macam ni pun gua nak cerita. Desperate sungguh.

Nota Kaki- Eepro

Nov 17, 2010

Orijinalis

Macam belon-belon berisi helium di mana-mana kawasan pesta. Gua tahu kenapa mereka lepas dan terbang tinggi.

Belon-belon itu mencari originaliti.

Originaliti dalam keseimbangan daya.

Semalat Yara Haji.




Lagu ni buat ingat zaman kanak-kanak gua masa dekat Labis dan Segamat. Oh cilake.

p/s- tali putus je pun.

Nov 16, 2010

Panjangkan mata Lu, pandang hadapan dan cari jalan pintas!

Tahu?


Gua sebenarnya mahu belajar. Tapi...

Tahu?

Gua mudah terpengaruh dengan hedonisma. Lagi pun...

Tahu?

Gua bukan seorang Masokis, yang mendapat kepuasan dari kesakitan.

Tahu?

Belajar itu tidak sakit. Kadang-kadang. Sakit. Kadang-kadang.

Tahu?

Taburkan pada gua hedonisma, dan kalau-kalau gua ini masokis. Gua belajar. Kalau bukan, gua tidak belajar.

Tahu?

Gua sebenarnya malas belajar ;P

Rancangan Makanan Tambahan.

Jadi kau dah tahu?, bisik Aleksender, seorang gadis separa mental berambut panjang mengurai dan kepala tunduk memanjang.

Baguslah kau dah tahu. Hihihi, ya pada semua orang.

Nov 15, 2010

Annulus.

Semuanya bermula dengan hujan. Ya sungguh, Engkau tahu bertapa banyak bumi berubah kerana hujan. itu belum termasuk hujan yang di dalam hati dan hujan gula-gula di atas kepala. Semuanya bermula dengan hujan, kata pak Ismail Wali.

Tapi pak Ismail Wali, saya tidak pernah menyalahkan hujan bagi semuanya. Tapi tahukah pak Ismail Wali, langit keruh saya terpengaruh. Dan dalam sastera-sastera dunia, hujan tiada makna bagi gembira, cuma suram dan mengundang masalah, kata Samdin. Rintikan air hujan yang sebesar najis lembu jatuh di kepala beliau, dikuis dengan lembut.

Semuanya bermula dengan hujan. Ya sungguh. Engkau tahu bertapa kita sedang terkepung di tengah-tengah annulus awan colomunimbus yang garang dan hitam dengan dendam dan kecelaruan perasaan. Engkau mungkin disedut oleh rasa enak yang ekses di tengah-tengah kalut-bilut ini Samdin, kata pak Ismail Wali.

Samdin menghulurkan sebotol garam kepada pak Ismail Wali. Dan dan sahaja. Mereka disedut oleh satu mahluk yang berwarna bukan hitam dan ianya. Pelangi!

Hai pelangi!

Burhan

Burhan. Seekor kucing yang riang dan gemuk. Tapi sayang dia tidak suka manusia. Dan dia tidak duduk di rimba. Sayang bukan?

Burhan menguis-nguiskan tangannya di retakan tanah. Cacing, semut dan belalang memberi laluan. Burhan duduk dan memandang kanan dan kiri. Pasca hujan, kelihatan tenang semuanya. Kerinting awan pusar-pusar, dan matahari menyumbing kemas. Burhan memandang kanan dan kiri, dan menyaksikan trankuiliti.

Burhan tak suka manusia. Lagi-lagi ketika dia sedang duduk, memandang kanan dan kiri menyaksikan trankuiliti. Jikalau ada manusia mengganggu trankuiliti dirinya. Burhan nampak awan kerinting kecil-kecil, matahari mencarak marah. Burhan pandang kanan dan kiri, nampak api. api tanpa asap.

Tapi Burhan tak duduk di rimba. Dia juga tak suka manusia. Sayang bukan?
Memanah, mencabut rumput, menyawit dan main karrom.

Ekstensi

Dalam distorsi nyaring, aku tak berapa dengar apa yang dituturkannya. Lalu aku biarkan dia begitu, merobek-robek dadaku, dan aku elus-elus cuping telinganya. Tajam!

Aku pandang siling yang bocor dari kelmarin, arnab menitik-nitik jatuh ke lantai dan teknisien yang aku panggil semalam sudah datang, hilang bersama gelengannya.

Arnab yang jatuh menitik-nitik semakin banyak. Bulu-bulu putih gebu mereka-mereka itu, aku panas sendirian di bilik. Panas seperti itu membingit dan menyaring-nyaring. Lalu selepas menyambungkan saraf pendengaran aku kepada The Boss DD-20 Giga Delay, delayer mahal yang jatuh dari siling yang sama menitik-nitik arnab putih comel dan tak celaka itu. Aku dengar.

Ya. Aku biarkan semuanya selamat dan berbunyi.

Di hadapan aku ada kurt cobain. Dan jarak antara aku dan Kurt hanyalah senipis kulit bawang.

Jadik macam kau, aku dah cukup gembira. Relatif kepada kau seorang, kau gembira. Relatif kepada mereka-mereka yang lain, kau bukan kau lagi, katanya.

Kurt cobain menyalakan rokok, dan keluar bunga karnasi tujuh warna dari hujung rokok itu. Arnab putih, comel dan tak celaka semua menangis.

Nov 14, 2010

Hujan Luaran

You and your nonsense, would make sense, kata debid dengan aksen australia yang pekat. Itu membuatkan aku hampir terlopong dan tak faham apa yang debid katakan.

Aku terdiam, dengan aksen jawa aku yang pekat. Aku tak tahu berbahasa inggeris, melainkan beberapa perkataan seperti crocodile hunter dan white rabbit. Aku terus memandang muka debid, dalam hujan yang renyai dan turun setitik-setitik.

Debid membuka topinya, dan keluar beberapa ekor harimau dari bawah topi itu. Harimau yang mukanya bengis berwarna putih yang sepatutnya kuning. Gigi harimau itu panjang-panjang dan ada dua tiga ekor kura-kura sedang berehat di gigi-gigi setiap harimau itu. Itu menjelaskan warna hijau di mulut harimau itu.

Debid bertukar wajah, menjadi alim dan tenang. Di tangannya sebijik orb crystal lutsinar yang digenggam erat-erat. Di dalamnya ada kekasih aku yang kaget dan meronta-ronta tanpa suara. hanya ada smiley di wajahnya.

Dengan aksen jawa aku yang pekat, leave what jou are douing, i don't deserbe to dai not todei no dis naik. Tiba-tiba aku bersuara.

Debid, harimau-harimaunya meletup. Menjadi smiley-smiley manja yang menerawang mengelilingi aku.

Pop cubaan!

Aku buka pintu bilik pagi tadi. Warna hijau memancar, dan padang luas melangut di hadapan aku. Aku tutup semula pintu itu, dan memandang tepat ke arah kerusi malas di dalam bilik.

Betul kau nak pergi, kata aku.

Ya, tak perlu tunggu seumur hidup pun, kata dia. Senyum masih ada, dan matanya tak menipu masa itu.

Oh, jumpa lagi tahun hadapan, tambah aku.

Baik, dengan kek mocha basah dan dua batang lilin yang tak padam-padam apinya, kemudian dia tambah, barulah pop!

Lalu dia mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacunya ke arah bumi.

Pop! Dia terbang ke udara menjadi satu titik, yang mengecil dan mengecil menghampiri infiniti.

Kerabut,

"Ada tiga konsiderasi. Yang mana. tiga daripadanya itu kau tidak perlu tahu", kata Gandak kepada Abdul. Sambil-sambil itu, dia memperbetulkan kedudukan kot makmal di badannya itu. Janggutnya sekali dilurutkan ke bawah. Ha amek kau. Panjang bukan main.

Abdul melopong dan terus menerus mengkarate meja belajarnya. Dia sungguh tidak gemar kelas Gandak kalau berkaitan relativiti. Lagi-lagi di waktu tengah hari di tengah-tengah hutan tropika tipikal kerajaan.

Sekali-kali dia melihat monyet yang sedang bermain polis-en-tif di perdu pokok rombai. Dan tasss! berguguranlah beberapa rantai rambai. Satu daripadany hampir terkena piramid Giza. Dan yang lain-lain jatuh tepat ke arah mulut penjaga kunci hutan tersebut, Bruno Mars.

Dan sesekali, abdul melihat pula ke arah busut jantan, tempat Gandak selalu bertapa di atasnya sambil mata tertutup dan mp3 volume paling kuat. Abdul nampak dengan jelas. Kesan punggung di puncak busut jantan itu.Tapi itu bukanlah kesan punggung gandak. ianya lebih menyerupai piramid yang hujungnya kena bom dengan jepun.

Jadi yang merunsingkan abdul sekarang bukan adalah kerana perutnya yang lapar, bukan juga kerana gandak yang entahkan kenapa tiba-tiba nak ajar dia benda yang bukan-bukan seperti relativiti, ilmu menafsirkan lagu, ilmu tanpa jisim dan pelbagai lagi ilmu yang bukan-bukan tapi masih senonoh di hari masyarakat?

Sedangkan abdul cuma manusia biasa, tipikal yang baru sahaja gandak jumpa di hutan tatkala abdul sedang terbaring kepenatan selepas melakukan demonstrasi bersama lait seber kaler hijaunya itu.

Apa yang merunsingkan abdul sekarang adalah kelajuan laitseber kaler hijaunya itu.

Dengan rekaan yang nipis, mantap dan bertenaga. Di pangkal laitseber kaler hijau abdul itu terdapat satu titik berlampu l.e.d. Lampu le.e.d itu menunjukkan tahap tenaga, seterusnya kelajuan laitseber milik abdul tersebut.
Apa yang sedang merunsingkan abdul sekarang adalah kelajuan laitseber kaler hijaunya itu.

Lampu l.e.d. itu tidak pernah tetap kalernya. Sekejap hijau. Dan sekejap biru. Hijau tanda kurang ajar, walaupun kaler laitseber abdul adalah hijau. Biru tanda berhemah, bak kata gandak.

Sekejap biru dan lama hijaunya. Jikalau terus begini, tak perlu seminggu, tiga hari tiga malam pun, abdul boleh menghabiskan kamus dewan, edisi satu sampai empat. Oh!
Apa yang paling merunsingkan abdul sekarang adalah kelajuan laitseber kaler hijaunya itu.

Abdul nak mintak tukar laitseber esok dekat cawangan kedai terdekat. Dan abdul lupa esok adalah public holiday di mesir.

Nov 13, 2010

I'm on a plain. I can't complain

Gua nak report polis. Ada orang kebas memori gua.
Ah demn!

Meeting, Perhaps.

I have a meeting with my otherside, last night. Not a meeting, perhaps just the last meal before us fell asleep.

We had a great talk, and a nice meal too. For us, a cow full of nothing, except it's bones and some leftover torned muscle, some string of tendon and ligamen. A not such a best meal before sleep ain't it. I got my self, and i cant't remember how. The biceps of the cow. But later on i realised that does a cow have one?

So we talk and talked. Almost everything, at the rates of 2 times faster than a normal discussion speed, every words seems to slips. silver can be sliver. Stupid can either be strupid, or stampede. Oh yeah, we stucked then after almost half an hour we started that slippery talk. We stucked at how does, passion never exist in me life. So we stucked. Stucked for more than an hour before the worst part came by:


Me: Dude, did you just sing that bloody song?

Otherside: Bloody song, what bloody song. What type.

Me: Dude, i heard it. It's Bieber's.

Otherside: Well, it may come from there. (pointing out to the other guy wearing a false everything, there and there, sitting besides our table.)

Me: I better have a nightmare instead.


Then everything is fading out. The sound, the sound, the sound...

Nov 12, 2010

Jet Lag.

Gua balik rumah dan terus masuk bilik, gua nampak katil yang 'string' dan menggiurkan.

Tak macam semalam, bilik adalah kehuru-haraan, letak henset pasti hilang. Letak semut, semut sesat.


Hari ini di johor bahru bagi gua adalah pelik, kerana baru sahaja berlalu dua belas jam di seremban yang lepas, gua tidur di katil. Sambil kaset nirvana kepeningan, dek terpusing-pusing nak bagi gua dengar suara kurt cobain.

Demn! Gua kena 'bus lag' ni.

p/s- sense of urgency, petrified by the nonsense fact, and hey what is it with that name?

Nov 10, 2010

Bajet lebih

Gua pun ada aim:

1) Buat list aim untuk tahun 2011
2) Makan nasi bila perlu
3) Mengelakkan diri daripada kacau kucing tidur
4) Menggunakan tandas dengan efisien.
5) Ambik sub-con orang lain
6) Mengurangkan sepak angin
7) Berbual dengan lebih kencang
8) Bersopan di kedai mamak.

Define me, i'm nothing. Another hanging soul, clinging for mercy. But lest, the otherside is coming.

Nov 8, 2010

Abdul ke Darkside (yang entah keberapa)

Abdul dimasukkan ke rumah sakit tadi. Gandak yang bawak dia ke sana. Kecederaan abdul mantap parahnya. Tidak dapat dilihat apa-apa yang boleh mengundang kesakitan pada abdul, jikalau dilihat pada zahirnya.

Lebah-lebah yang sudah lebih sepuluh tahun menetap di rambutnya sudahpun mula menangis-nangis dan mengemas barang dapur, baju dan sijil-sijil kerajaan."Entah masih adakah abdul pada hari esok", kata Atok Lebah, seekor lebah tua yang berjanggut, bertongkat dan berkain pelekat.

Nikotin pun tidak mungkin dapat membantu beliau.

Di satu sudut lain di muka bumi ini, ada seekor manusia yang sedang tersengih-sengih dan terhiling tidak tentu ke arah. Setiap kali berjumpa dinding, setiap kali itulah dia terlanggar dinding dan berpatah balik. Setiap kali terjumpa manusia ,setiap kali itulah dia tersengih-sengih dan, berpatah balik.

Namun, jauh dari dua batu jauhnya pun lagi, semua orang yang mengenali abdul, melihat orang itu sebagai abdul.


Sampahan.


Nov 7, 2010

Yeah!

LithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithium
LithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithium
LithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithium
LithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithium
LithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithium
LithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithium
LithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithium
LithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithium
LithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithium
LithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithium
LithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithium
LithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithium
LithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithium
LithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithiumLithium


Cobain Mania~

Nov 6, 2010

Scene Selsema Abdul

"Terlalu banyak sesuatu, tak menjadikan suatu sistem itu sempurna"

Gandak terbatuk-batuk, sambil menepuk-nepuk debu yang mana patut, Gandak membetulkan duduk silanya. Kini dia sedang bersandar di perdu pohon kurma yang tumbuh sebatang di hutan rimba tropika itu. Sekejap-sekejap dia melihat langit. "ah ini tak boleh jadik", katanya. Dia melepaskan nafas terakhirnya dengan tenang dan panjang. "Huuuh!".

Lantas, dia dan Abdul terus ghaib dari scene hutan rimba tropika itu.

Kalau petang sangat, kedai cendol Haji Shaari dekat depan Domino's Seremban boleh jadik tutup.

Nov 5, 2010

Anarki di Seremban

"Polis, kalau kita jalan lebih dari tiga orang dia leraikan kita". Kata gua, rasanya lah. Sedang gua bertiga berjalan melintasi malam deepavali di Seremban.

"Oh, sebab kalau lebih dari tiga orang, Saikolojis cakap, lebih mudah rancangan jahat akan muncul,", kata pochip pada gua.

Dan Syidin sambung, "Seperti mengacau kucing sedang tidur di jalanan, mematahkan kaki belakang belalang, menutup lubang cacing, dengan, mengacau semut jalan".

Sambil ketawa tahan-tahan, gua sambung dalam hati, "Seperti berak tak flush"

Nov 1, 2010

Nota: Purple Haze- Jimmy Hendrix

Purple haze telah surut petang tadi. Purple haze yang melanda gua itu hari-selama berminggu-minggu. Purple haze yang paling lama gua hadapi. Dan petang tadi, alhamdulillah, hujan lebat yang turun secara turbo, telah menghilangkan semuanya, telah mensucikan segalanya.

Sekarang barulah gua boleh melihat dengan jelas, merasa dengan penuh feel. Dan gua boleh semula membuat pertimbangan secara wajar, membezakan arah dan jalan. Pandangan yang kabur, yang menyesatkan telah hilang juga, sekali dengan hilangnya purple haze akibat hujan turbo petang tadi.

Cawan nescafe 'o' yang berwap-wap gua tatap dengan penuh harapan. Wap-wapnya itu kadangkala berubah bentuk, seperti yang bukan aku hajatkan. Marah juga aku masa itu. Nasiblah baik, hujan yang mengundang irama sereniti dan secawan nescafe 'o' makcik ds, tidak memungkinkan gua menyepak beberapa ekor kucing yang sedang melepak-lepak di ds, mencari teduh. Kucing itu sedang rancak berborak barangkali, pasal permainan ragbi dan softbal. Aku tak tau.

Purple haze yang penuh muslihat, yang memuaskan diri gua dengan penuh kepalsuan, yang membuatkan gua hilang arah, yang membuatkan kepala gua tak stabil. Telah surut petang tadi. Seiring dengan rat-ta-ta-ta-rat-ta-ta hujan turbo yang melanda bumi Seremban.
-Gua- 31/10-

P/s-membe gua ada seorang yang baru kehilangan bapak akibat kematian.

Oct 31, 2010

Nista

Gua baru balik daripada rumah abdul. Gua jumpa dia lewat pagi tadi, dalam keadaan beliau sedang menggigil-gigil dan tercungap. Bajunya keronyok-ronyok,koyak-koyak dan tak tentu ke hala. Gua lihat muka abdul tetap ada jerawat dan rambut afronya itu ada seekor dua lebah keluar masuk-keluar masuk.

Gua sengih sorang-sorang bila gua lihat diri abdul sekarang ni, Gua nampak diri gua sebenarnya. Nampak hina dan tercungap-cungap.

Dalam perjalanan ke rumah abdul itu. Beberapa kali juga abdul meracau-racau sambil menyebut-nyebut nama m. daud kilau. Entah apa ke hal dia menyebut-nyebut nama m. daud kilau, gua pun tak tau. Tapi abdul ni bukan calang-calang orangnya. Dia punya meracau tu lain macam. Lain macam...

Lignocaine. Lignocaine berfungsi dengan cara, menyekat transmisi impulse dari receptor kepada otak. Dengan cara merembeskan ion yang berlawanan cas dengan impulse yang dikeluarkan. Gua kasik abdul se-enjetsion lignocaine.

Dan gua mimpi yang bukan-bukan selepas itu.

Bangun, Gua nampak seekor kurt cobain sedang hinggap di birai tingkap. Melihat ke dalam bilik gua,atas bawah dan ke seluruhnya. Gua berasa iri hati pula dengan kurt cobain, kerana bilik yang gua sedang duduk ini, belum ada ventilasi yang mantap. Makan bertahun dan tahun juga baru mendapat ventilasi yang mantap. Dan kemudian barulah gua boleh bersama-sama kurt cobain, yang sayapnya besar sejengkal, hinggap di birai tingkap rumah orang lain.

Abdul kata dia nak buat hal, potong rambut. Gua dah tau apa yang akan jadi. Gua cuba halang, tapi nampaknya kuasa tuhan menentukan takdir memang tak boleh gua sangkal. Gua tersengih lebar-lebar. Abdul tak balik-balik lagi selepas itu. Mungkin malu dengan potongan baru rambutnya. Atau mungkin dia cuma mahu bermain snuker, dan lupa jalan pulang.

Nampaknya gua perlu cari sereniti. Yang melingkupi ruang yang dalam dan sebaliknya.

Oct 29, 2010

Oh!

Seremban hari ini tidak panas seperti yang selalu selalunya. Panas hari ini terik betul, awan pun tak lalu nak lalu bawah matahari hari ini.

Panas di Seremban ini hari, tidak memungkinkan baju yang dibasuh untuk kekal berpeluh. Juga tidak memungkinkan budak-budak basikal untuk berkonvoi ke kedai cendol untuk mendapatkan ekspirien yang real.

Hari ini, gua tak nampak seekor pun lalat beterbangan bebas di kawasan-kawasan terbuka. Itu menunjukkan Seremban sedang panas. Diasbabkan itu, lalat-lalat di Seremban hari ini, lebih prefer untuk melepak di tempat-tempat yang lebih up seperti, Seremban Parade, JJ Seremban 2 dan medan selera Penghulu cantik, daripada mereka terus terbang ke hulu- ke hilir tak tentu arah dan berpeluh-peluh.

Gua lihat, selain daripada pokok berpeluh, kadar pemakaian spek berlensa transisi turut bertambah. Ada juga segelintir pemandu teksi yang memakai Rayban untuk mendapatkan gaya pemanduan yang optimum di hari-hari panas.

Seremban hari ini panas sungguh! Sampai gua teringat cerita pakcik teksi 'kerambit' jumaat minggu lepas. Gua harap dia sedang sihat dan gembira di samping teksinya yang bermuzikkan lagu 60-an. Kalau apa-apa hal berlaku dekat dia. Gua nak baca al-fatihah tanda esok hari sabtu.

Oct 23, 2010

Nicotine-induced Adrenaline

Seperti haiwan pemaging yang lain, gua turut serta mendengar Avenged Sevenfold. Dan seperti haiwan-haiwan lain yang mendengar berita drummer A7X-The Rev dah mati, gua turut datang dari tuhan yang sama dengan dia, dan akan pulang kepada tuhan yang sama dengan dia.

Dan seperti bla,bla,bla... gua turut bla,bla,bla...

Kehkehkeh, semalam gua balik rumah dengan hati yang ringkas, dan sebuah beg yang turut serta ringkas. Tiada harapan yang melangit sangat gua pasang masa dalam bas tu, melainkan dapat tidur dalam bas dengan nyenyak, padu serta padat dengan mimpi-mimpi yang tak habis sepanjang minggu ni. Tapi mimpi-mimpi gua yang baru nak bersambung tu terganggu pulak dengan bunyik winston dari henset gua yang serba tak kena itu.

"Sekarang lu ada dekar kerusi MD, kalau lu pandang depan lu, dekat kerusi 4D. Ada seekor panda berwarna pelangi. Gua harap lu tau apa yang lu perlu buat dengan beliau. -Joe-"

"Demmit!",kata gua kepada diri sendiri selepas terpijak mentos dekat lantai. Usai membersihkan tapak selipar baru gua mula terfikir. Siapakah joe? Mengapakah Joe. Dan apa kaitan joe dengan panda tersebut? Mungkinkah, joe tersalah hantar mesej? Ataupun joe sebenarnya adalah scammer, yang suka hantar mesej yang bertulis "On XXXXX hantar ke XXXXX"? Atau joe ni sebenarnya memang betul-betul ada dan wujud cuma tak kelihatan? Atau...

Demmit!, kali ni gua terlupa pulak nak sidai baju dobi pagi tadi. Maka gua follow saja apa yang joe mesejkan kepada gua tadi. Gua mula memanjangkan leher gua dan menjengulkan kepala untuk melihat apa ke betul ada panda warna pelangi tu dalam dunia, dalam bas ni? Gua pun penjang,dan memanjangkan leher gua. Pandang punya pandang...

Demmit!, kepala gua terantuk dekat tempat blower aircond. Sensasi sakit-sakit sejuk mula meresap dekat ubun-ubun gua. Dan Yes! Gua dah nampak dah seat yang joe maksudkan tersebut. Tapi, hal lain pula menyusul. Panda berwarna pelangi itu, mula pandang ke arah gua. Sambil memperkenalkan namanya sebagai Jenny dan terus memberikan nombor phone dia kepada gua. Gua terkesima, dan baru gua paham apa yang Joe maksudkan dalam textnya itu tadi,

Big thanks joe. Lepas ni gua ingat nak mula semula budaya membaca Quran, dan Mathurat secara konsisten. Benda-benda macam Jenny ni, perlu dikendalikan dengan kekuatan rohani yang maksima, dan kadar nikotin-adrenalin yang tinggi.

Sitasi

"masa muda, adalah masa yang berapi api"-Rhoma Irama

Gua tak tau sapa mamat ni, dan ape kejadahnye gua kopi pes nama dia kat sini. Tapi gua tak kisah. Gua agak tabik jugak sama dia punya sitasi-"masa muda, adalah masa yang berapi-api".

Ah celaka. Gua stop kat sini. Gua dah dekat rumah, line lembab sokmo, asap tak masuk dan beberapa perihal lain. Apa kes gua taip-taip lepastu gua bekspes ni? Lepas gua taip je gua bekspes. Demn, gua kena...

"masa muda, adalah masa yang berapi api"

Oct 22, 2010

Militari

Itu kali terakhir, abdul terserempak dengan Gandak. Itu, adalah lima tahun yang dulu. Dan tadi, pagi tadi, selepas abdul baru sahaja keluar dari kedai nombor ekor--Sebagai technician yang memperjuangkan rezeki yang halal. Abdul kadangkala terpaksa untuk menerima kontrak membaiki kipas rosak di kedai nombor ekor. Walaupun dia tahu menerima kontrak sebegitu sama sahaja akibatnya dengan makan nasi ayam sorang-sorang di bawah tangga.-- abdul ternampak bayangan gandak, sayup-sayup. Sebelum bayangan gandak itu hilang dalam kecamukan burung unta yang sedang berlumba di tengah-tengah bandar seremban.

Abdul lepasan KMS-singkatan bagi Kolej Militari Seremban- yang beretika dan tidak berapa skema. Tapi semenjak dia terserempak bayangan yang dikatakannya Gandak itu, dia tidak henti-henti menyanyikan lagu Whatsername. Dan nampak gayanya rambut abdul yang besar dan beralun itu, selalu sahaja dimasuki tebuan setiapkali dia menyanyikan lagu whatsername tersebut.

Pagi tadi, selepas sahaja burung-burung unta itu habis berlumba. Kaki abdul yang tidak beralas itu terpijak, sesuatu yang panas, agak basah, dan berketul ketul.

"Pakcik, pisang goreng pakcik jatuh ni, saya dah terpijak dah pun!", kata abdul, sambil seekor tebuan-yangbaru sahaja pulang dengan tanah liat-masuk ke rambutnya semula.


Sepotong.

Gua pun teringin jugak nak kopi-pes lirik-lirik lagu yang best-best, mantap-mantap serta berjiwa muda dekat sini.

Tapi gua tau, kucing ibu yang berwarna Sylvester (baca: Hitam-putih) ni pastinya tidak akan sesekali meredhai perbuatan haram itu. Lalu kucing itu akan berlalu dari sebelah aku dan pergi mesyuarat ibu-bapa dan guru bagi sekolah-sekolah anak-anaknya, di mana dia seekor sahaja yang akan datang, kerana kucing itu tiada laki.

Alasan gua untuk tak letak lirik-lirik lagu Radiohead, Nirvana, Green Day dan Muse dekat sini boleh tahan jugak dia punya kukuh. Boleh jadik cerucuk bangunan-bangunan yang tinggi melangit. Yang boleh tak runtuh pada apa-apa kondisi. Bangunan yang boleh menyebabkan gua lapar nasik di malam hari dan kurang gula dalam minuman.

Gua pun tak teringin nak menang. Automatism, tak menghalalkan usaha. Kehkehkeh.

Oct 19, 2010

Kontagius

Jangan.

Diam.

Jangan!

Oct 18, 2010

Sistem.

Sistem yang sempurna?

Sistem yang sempurna tu ialah sistem yang seimbang. Positif, negatif, utara, selatan. Dan beberapa lagi unsur yang berlawanan dengan nilai yang sama banyak.

Kalah dan menang tu adat pertandingan? Itu perspektif kawan. Itu bukan satu kesimpulan yang absolut. Tiada nilai yang tepat, dan penuh dengan tanda tanya. Ia satu misteri, membicangkan perihal kalah menang. Sama misteri macam mana freemason guna piramid sebagai logo. Dan juga sama misterinya bagaimana seluar jeans boleh tak muat peha.

Satu, satu, satu, lagi satu. Sistem nombor, nombor absolut. Tiada misteri, dari pelbagai perspektif.

Oct 14, 2010

Hoi!

Tersepit.

Dan perlukan tidur!

Oct 10, 2010

Paradoks masa

Macam ni. Terus je. Sampai nanti. Sampai nanti kau terus lagi, jumpa orang lain yang tak lu kenali. Sampai orang yang lu tak kenali tu, makin lu tak kenal. Dan sampai nanti gambaran orang yang lu tak kenali tu hilang, sedikit-demi sedikit menurut hukum-hukum yang telah ditetapkan.

Kalau macam itu, sama macam asap rokok. Tebal, makin nipis, makin nipis, makin nipis, makin nipis, makin nipis, makin nipis dan makin nipis...

Sebelum itu? Abaikan sebelum itu? Mansuhkan apa yang dah ada sebelum itu? Gelapkan apa yang terang sebelum itu? Pergi ke selepas itu. Yang jalannya samar? Yang kondisinya belum tentu. Yang belum tahu berapa garisannya, berapa hitam, berapa putihnya?

Lalu biarkan gua berjalan di lorong yang seperti itu. Gelap, di hadapannya. Dan samar-samar di hadapan gua. Di mana kiri kanan lorong yang gua jalani itu, ada bayangan, gambaran-gambaran orang itu-orang ini tersenyum. Dan kemudian di satu titik yang lain-di lorong yang sama. Kondisi yang sama. Bayangan itu mula berubah senyuman menjadi sesuatu kebencian yang tiada penghujung, infiniti. Kebencian dari hati yang paling dalam, sehingga menzahirkan mimik muka yang memakrifatkan benci.

Dan kemudian, wajah yang masam dan membencikan itu mula memuntahkan api-api dari mulutnya yang menunjukkan kebencian. Api-api dari hal-hal sebelum itu yang kau lupakan. api-api yang tidak membakar tapi memberi kesan. Api-api yang pernah kau fobiakan dahulu, warnanya terang, tapi kau tidak menutupkan mata kesilauan. Sebaliknya kau menutup telinga, dan terus melihat.

Apa yang kau lihat sekarang ini? Nyata atau tidak? Sebalikya kau terus menutupkan telinga, dan api-api yang terang makin galak dimuntahkan.

Paradoks masa, kau baru teringat akan hal itu. Tetapi di dalam lorong masa yang sedang kau lalui sekarang ini. Yang gelap, samar-samar dan tiada sebarang suara ini, telah kau cari lubang cacing untuk kau melesapkan diri ke titik di belakang kau. Dengan harapan, selepas dapat mencari lubang cacing di dalam lorong masa yang konkrit itu, kau dapat membina sebuah paradoks masa.

Namun kau terlambat rakanku. Sedang kau sibuk mencari lubang cacing untuk ke titik belakang di lorong masa yang gelap. Kau sudah pun hitaam akibat api-api yang telah dimuntahkan itu tadi.

Dan kini, kau hilang dalam lorong masa yang gelap.

Oct 8, 2010

Hey! Mari hey!

Hari ni tak macam semalam. Semalam gua puas melepak dekat bulan. Bentang tikar, beberapa bungkus nasik, mi dan sandwich gua telan. Dekat bulan tak berangin sangat. Atau mungkin takde angin lansung. Apa gua kisah? Dekat bulan tu kira sejuk jugak. Tak payah kipas-kipas angin ni. Sejuk sampai ke tulang.

Hari ni gua bangun tidur, dan gua terus berlari. Gua tiada tujuan, tapi gua rasa gua macam nak berlari. Maka gua terus berlari. Dari matahari redup, cerah dan tergelincir. Gua tak berhenti berlari. Baru lima minit yang lepas gua melepasi jabatan San Fransisco. Dan sebentar lagi gua bakal melepasi piramid. Ya piramid! Conspiraciable kan?

Dan mungkin sekejap lagi. Beberapa minit lagi, beberapa tahun lagi. Gua tiada lagi di bumi. Biarlah gua berlari sekarang ni, Sekurang-kurangnya kalau gua kena kejar dengan dajal, boleh la gua melarikan diri. Kalau dikejar dengan zirafah ke, burung unta ke, boleh la gua berlari.

Hey! Hidup bukan hanya untuk berbual pasal Freemason kan? Jangan leceh la hey!

Oct 5, 2010

transisi.

Transisi, ada yang salah. Ada yang tepat. Perlu dilihat pula, mengapa dan ke mana transisi dilakukan. Transisi banyak berlaku dalam timeline hidup yang lama tapi sekejap ini. Ya. Sekejap yang lama.

Hey! Transisi yang bagaimana lagi? Semuanya perlu niat. Transisi tak boleh campur dengan emosi. Takut jadi basi.

Dan gua perlukan sedikit momentum, ruang dan masa. Untuk transisi yang seterusnya.

Makna perlu tepat, intepretasi perlu berjela. Apa guna dua mata. Heh.

Hey hey hey!

Pengsan!

Berita mati-mati ni gua tak berapa nak minat. Gua rasa lain macam. Tapi somebody has to leave. Berita mati-mati ni semakin mendapat sambutan di dalam status facebook. Dan, itu fakta.

Daripada seorang tukan kebun, seorang petani, seorang posmen, seorang jaga hinggalah kepada seorang pemuzik jalanan, pegawai bank, mamak jual teh tarik, pengedar weed, penggulung rokok dan doktor. Seharusnya lu orang tak perlu follow sangat lu punye emosi. Orang lain pun ada satu.

Pengsan!

Oct 4, 2010

Demn!


Benda-benda macam ni. Hmm...

Oct 3, 2010

Peluh.

Dah pukul macam ni, sepatutnya gua tak patut berpeluh. Sepatutnya sejuk, tenang dan sudah berada di bawah kipas dan ditutupi selimut. Sepatutnya gua dah boleh masuk mood tidur, dan merehatkan otak gua ke tahap frekuensi beta atau alpha. Seterusnya membuka kunci tenaga riki.

Sepatutnya itu, sepatutnya ini. Gua sepatutnya tak payah banyak songeh.


peh leceh!

Oct 1, 2010

Abdul dan Pulang

Abdul dah ada jawapan. Pagi-pagi lagi dia dah bangun sebab dia dah ada jawapan.

Dia sepak bola laju-laju selepas mandi. Sepakan yang padu menghala ke arah sekolah dia itu mengeluarkan bunyik "shuuuushhuussshh". Dan dia pun melompat serta tiba di sekolahnya. Pelajar-pelajar yang baru sampai di sekolah, serta para guru termasuklah guru besar turut mengangkat tangan ke arah Abdul sebagai tanda hormat.

Abdul pun mengangkat tangannya juga. "Op!"

Abdul berjalan ke arah kelasnya, dengan pengetahuan bahawa, dia sudah ada jawapan!


-buku nota. ya. Buku nota!-

Sep 28, 2010

Kembali!

Dulu aku selalu menulis macam ni. Macam mana tu? macm ni. Jangan leceh, laju-laju, sekali fikir. Maksudnya, gua bukak sahaja dashboard blogger. Gua tekan newpost. Dan gua duduk. Gua pandang monitor. Dan biarkan tangan gua menari-nari dia atas keyboard.

Ada masanya jari-jari gua perlukan playground. Dan keyboard tu mungkin adalah playground bagi mereka. Tapi itu dulu. Masa gua rasa keyboard tu playground. Sekarang playground semua dah ranap. Semua dah berkarat. Semua dah tak ada makrifat. Maka aku tak macam dulu lagi.

Kalau nak dikutkan, samada kau jadik tetap sebegitu. Atau kau mengikut revolusi semasa. Persoalan itu membawa kepada jawapan gua iaitu- "terpulang".

Maka gua pulangkan beberapa diri gua yang dulu. Supaya gua ingat lagi gua yang dulu macam mana rasa. macam mana gaya. Gua pulangkan tanpa iringan musik. Kerana gua tau. Selalunya hari isnin macam ni. perhimpunan start lambat. Bukan salah aku. bukan salah pengawas.

Maka gua pulangkan tanpa iringan musik, gua yang dahulu.
-Sembilang

-Lu Sentap
-Dalam


-Senyumlah seperti lu betul-betul maksudkan- The Killers.

Sep 27, 2010

Abdul ke Mana?

Abdul termenung jauh. Dia duduk di hujung sudut balkoni. Terdiam dan termenung, jauh. Dia tak runsing, dia tak pening, dan dia tak ambil dadah. Mungkin tak perlu semua itu. Cuma sekarang, dia terduduk di hujung sudut balkoni. Terdiam dan termenung, jauh.

Dia sepatutnya sudah tidur pada waktu-waktu macam ni. Waktu dalam pukul 2 pagi hingga ke empat pagi. Esok dia kena sekolah. Tapi dia tidak tidur lagi. Dia tak runsing, dia tak pening, dan dia tak ambil dadah. Dia termenung, dan memikirkan semula kata-kata Gandak kepadanya semalam.

"buktikan eksistensi kau, abdul. Sebagai seorang manusia ada lah tepat"

Abdul termenung jauh. Dia duduk di hujung sudut balkoni. Yang menemaninya pagi-pagi sebegini, adalah bunyian dari kenderaan yang masih tak putus-putus. Dan gugusan-gugusan asap nipis, yang menerawang bebas serta tenang dan menurut 'Sunatullah'. Abdul tenang sebegitu. Dia tak runsing, dia tak pening, dan dia tak ambil dadah. Mungkin tak perlu semua itu.

Cuma sekarang, dia terduduk di sudut balkoni. Terdiam dan memikirkan secara serius. Bagaimana caranya lagi dia boleh tidur. Dengan nyenyak. Dan bagaimana lagi harus membuktikan eksistensi dirinya. Sebagai seorang manusia, sebagai seorang hamba.

"Bagi setiap daya yang dikenakan ke atas sesebuah badan. Maka wujud sebuah daya yang sama magnitud bertindak ke arah yang berlawanan dengan daya yang dikenakan ke atas sebuah badan."

Sep 26, 2010

Budaya

Sekarang ni gua selalu mengamalkan budaya tulis dekat fesbuk lepastu delete. Budaya macam ni tak true bagi semua spesies gua. Amalan macam ni boleh meruntuhkan nilai sosial diri gua. Amalan macam ni boleh meruntuhkan juga institusi kerajaan berpelembagaan diri gua.

Amalan macam ni juga adalah amalan cilaka. Kalau gua teruskan juga amalan seperti ini, gua di dalam bahaya dalam dua puluh tahun akan datang.

Capiche?

Dr. Zhivago

"esok. esok aku bawak kapur gi rumah die. aku tanda soal. esok lagi aku bawak geng bagi salam depan rumah die ramai. ramai semua belengging. pakai beret semua. lepas tu. baca sajak dr.zhivago. puas."

Ni adalah status Fesbuk gua masa february 22 pukul 10.39 pm.
Enam hari selepas 16 february rasanya waktu ni.


Sampai sekarang gua tak tau kenapa gua tulis benda ni. Esok gua rasa gua bangun tengah hari.



Rasa lain macam ade dua.
Satu, Seram sampai sejuk.
Dua, Geli sampai nak muntah.

Kalau ada yang lain-
Lapar sampai nak mengamok.


Freemason

Gua ingat nak melawat pyramid esok. Nak nengok enjineering orang mesir zaman dulu. Lepas tu boleh la gua bukak klinik Upsr. Takpun bukak klinik rahsia tarikh bersunat.

Sep 25, 2010

Kebas.

Malam tadi aku mimpi banyak. Banyak betul-betul.

Harapnya malam ni, ada lagi mimpi-mimpi untuk aku lagi.

Abdul Sebelum Itu.

Waktu malam macam ni, Abdul memerlukan nasi lemak untuk terus hidup, untuk terus cergas, dan untuk terus melakukan pernafasan. Tidak pernah satu malam pun yang dilalui Abdul dengan tenang, sabar dan indah tanpa dirinya memakan nasi lemak.

Makan nasi lemak di waktu malam dengan Abdul, hubungannya dah macam isi dengan kuku. Satu malam sahaja tanpa bekalan nasi lemak, Abdul akan mula bertukar sedikit demi sedikit menjadi seorang melayu yang tidak banyak bercakap, banyak bergerak dan kurang ahlak. Bayangkan kalau sebulan tiada nasi lemak bagi Abdul pada waktu malam?

Abdul memerlukan nasik lemak malam ini. Dilihat sekelilingnya, Abdul sudah berada di dalam dunia hitam dan putih. Abdul lihat bintang-bintang bertebaran dengan harmoni, dan beberapa ekor burung sedang berhimpun di sekeliling unggun api. Bunyi-bunyian dari hujung kampung pula, disulami dengan gemersik suara cengkerik 'krik,krik,krik' mendatangkan faedah kepada tiada seseorangpun di dunia yang serba hitam putih itu.

Ayam berkokok.
Subuh pun berlalu dan masuklah hari baru.

"Dan hegemoni? Merempat dalam Noir itu, lagi gua sanggup."

Sep 24, 2010

Oh apanya?

Lampu biru tadi dah jadik hijau. Kepala gua-eh kejap- aku, dah mula berasap. Aku lihat monitor depan aku ni kecik-besar-kecik-besar je sekarang ni.

Eh kejap, tadi aku dah tercakap aku. Sekarang ni pun aku masih cakap aku lagi. Demn, aku di dalam masalah besar sekarang ni. Aku dah tercakap-atau mungkin sengaja cakap- 'aku'. Sekarang ni aku betul-betul cuak. Kalau betul lah apa yang cikgu tadika aku cakap dulu. Dulu masa aku tadika dulu, dia ada cakap sapa yang cakap 'aku' dengan member-member dia. nanti jadik hantu paku. Atau worse kena kejar dengan hantu paku. Aku dah tak ingat versi yang mana satu yang betul. Tapi aku betul-betul cuak sekarang ni.

Bayangan wajah hantu paku sedang melekat, menempel dan makin besar dari saat ke saat. Muka hitam, ada darah sikit-sikit, lidah panjang sikit sampai nak terjelir, dan muka penuh dengan paku. Aku tak tau macam mana boleh ada paku dekat muka hantu tu. Aku prefer tiga sebab je lah. Satu sebab- dia kena bom paku. Dua sebab-member dia bang-bang-boom sama dia dengan letak paku dalam botol bedak sejuk dia. Tiga sebab-dia memang betul-betul true dalam scene hantu dan menghantui. Eh, eh kan?

Aku betul-betul cuak sekarang ni. Aku dah tercakap 'aku'. Ini satu kes yang berat dan sejenis ketakutan yang separa melampau. Ah sekejap. Aku ada dengar bunyik paku sedang bergelimpangan. Ah cilake. Sebelah aku dah ada hantu paku. Apa aku kena buat? Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
-hai nama saya Izzat. Awak?-

Sep 19, 2010

Hey Hey Hey!

Selain daripada itu dan ini (baca sebagai; kosong dan tiada makna), malam ni gua betul-betul sedang berhadapan dengan bulan. Takdelah gementar dan gugup sangat berdepan dengan bulan ini. Biasa-biasa sahaja, lebih seperti aku dan dia ni sudah berkawan lama. Yang gua ingat, pertama kali gua ada hubungan sosial dengan bulan ialah masa gua kecil-kecil dahulu, kecil seperti mana, kecil seperti gua baru reti belajar kaedah-kaedah menangkap belalang secara indie.

Ya dahulu, gua punya hobi paling tinggi sekali adalah menangkap belalang secara indie. Waktu mesti petang, di perkarangan rumah gua dahulu. Barulah feel dan spirit nak menangkap belalang ni menaik. Waktu dahulu, gua kalau nampak bulan biasanya pada waktu malam. Ye lah, ada juga pada waktu siang, tapi jarang-jarang sebab gua kecil-kecil dahulu bangun lambat pagi pun adalah hobi juga.

Kalau gua nampak bulan dalam kereta, abah gua pandu, gua selalu membangkitkan soalan-soalan tentang bulan. Lantas gua punya hubungan sosial dengan bulan pun terjalin. Tu yang sekarang ni kalau gua berdepan dengan bulan, tahap gugupnya kurang. Namun begitu gua tiadalah sampai tahap nak berbual-bual dengan bulan. Cukup sekadar mendengar lagu-lagu butterfingers sahaja. Soalan seperti, "weh apesal bulan asik follow gua ni abah?", memang antara soalan-soalan spot yang paling top bapak gua nak jawab. Lagu wet blanket ni boleh tahan nostalgia dia. Tapi tak mendatangkan unsur-unsur sentimental kepada gua, Hey Hey Hey!

Bila gua kaji-kaji semula (baca sebagai; stalking), ucapan birthday melalui fesbuk ni pun jugak mendatangkan satu feeling yang best dan gua baru tau. Kalau nak diteruskan persoalan gua ingat gua malas nak soal lagi. Sebab mungkin, gua penat dan gua ingat nak tidur sahaja waktu-waktu sekarang ni. Hey Hey Hey! '

Soalan bermula dengan 'apa' ni memang jenis best untuk dilayan. Sama seperti melayan perasaan di tengah malam buta di kedai mamak sambil mengorder nes ais dan roti kosong. Cewaaaah. Gua perhatikan kedai mamak ni tak putus-putus masyarakat yang order air dan minum. Sekali lagi, kalau langit terang dan awan beri laluan, bulan turut melepak sekali, sambil-sambil memantulkan lampu matahari. Cewaaaah la lagi. Boleh?

Malam ini hujan kotak-kotak mancis turun dengan renyai-renyai tanpa diiringi petir yang mengganas. Cukup sahaja untuk memberikan gua dos mengantuk yang tinggi dan menguap dengan henti-henti. Hey Hey Hey!


Sep 18, 2010

Satu Woi Ke Kau.

Gua pegang kemas-kemas parang panjang berhulu hijau, pusaka itu. Gua memang tak mau kasik lepas. Peluh di dahi gua dah mula nak bagi salam, mintak izin untuk memunculkan dirinya. Suasana kian tegang, diiringi bau kopi columbia dan roti bakar kluang. gandingan sarapan yang hebat betul-betul! Buat masa itu, pada masa itu.

Gua mudah orangnya. jarang sekali nak menghunuskan parang, mahupun keris. Gua takde le nak taksub sangat dengan matapelajaran silat dan seni-seni memperparangkan diri orang lain ni. Tapi kalau dah ke tahap macam ni, mau tak mau, gua kena bukak semula juga segala Common Sense yang gua dah ada sepanjang gua hidup ni. Bab nak membukak semula common sense ni yang paling leceh sekali.

Gua pegang kemas-kemas parang panjang berhulu hijau, pusaka itu. Gua memang tak mau kasik lepas. peluh di dahi gua dah mula nak membuat penempatan di pipi gua, dan ada segelintir dah mula berjinak-jinak dengan kawasan dagu gua. Suasana masih macam tadi, cuma diiring kali ini dengan alunan lagu separa keras, seperti caklempong dan juga ghazal. Kedengaran juga gemersikkan suara keras Kurt Cobain, sayup-sayup dari hujung gegendang telinga gua. 'Yeah-yeah-yeah' bunyiknya, suara Kurt Cobain itu.

Gua mudah orangnya. jarang sekali nak menghunuskan parang, mahupun keris. Gua takde le nak minat sangat kerja menghunus parang ni. Gua lebih minat kepada kerja-kerja yang lebih art, padu dan ringkas. Misalnya menggosok gigi, spanar tayar dan juga memotong rumput. Kerja-kerja yang macam itu tak perlu lah sangat nak mengeluarkan gua punya energi banyak-banyak. Cukup juga kalau sekadar melepaskan batuk di tangga, orang muda-muda kabor. Tapi kerja menghunus parang ni...

Gua pegang kemas-kemas parang panjang berhulu hijau, pusaka itu. Gua memang tak mau kasik lepas.



Panggil apa?

Nyata jenis cakap laju-laju dan tiada henti bukan gaya gua. tapi lagi nyata kalau kau nengok aku bercakap tanpa henti dan muka rasa tak bersalah. Real=nyata. Real kah sangat? Itu satu persoalan yang baik, tapi tak cukup bijak. Mana boleh hal-hal seperti real ini dibincangkan dengan mudah dan sebegitu sahaja?

Ianya pun adalah satu taboo juga. pantang larang dan untuk membincangkannya perlu pengamatan yang tinggi. Ilmu di dada pun juga tak kurang perlu tingginya. kalau dilihat sekali pandang, benda yang real ni bukan mudah nak direalisasikan. Kalau setakat pakai cakap sahaja, akulah yang paling champion sekali. Sebab bukan susah sangat nak cakap benda-benda real macam tu. Apa yang kau cakap, kau keluarkan, serta merta boleh jadik real, tapi belum tentu boleh direalisasikan.

Ha kan. Perbincangan macam ni adalah satu jenis yang leceh dan weh. jenis macam ni, nescafe dan rokok, bukan kawan yang baik untuk kesihatan. Lagi-lagi waktu macam ni. Tak manis betul perangai macam tu, membahayakan kesihatan pula. Kalau nak diikutkan, orang yang berevolusi, itu orang normal. tapi ada juga manusia yang tetap memilih untuk resist, dan kekal sedemikian tanpa evolusi.

Eh tapi? Hak masing-masing dan kegemaran masing-masing. benda macam tu bukan satu persoalan lagi. Cuba cakap biawak-buaya-biawak-buaya. Sama susah juga seperti cakap kambing-lembing-kambing -lembing. Yang penting adalah mahu tak mahu. Orientasi, belakang kira. Sebab kalau kira depan-depan, orientasi juga adalah hal real dan real.

Menjadi satu taboo juga nanti.

Sekejap, kita patah balik semula, apa yang real tadi sebenarnya. Hakikat dan nilai real yang sebenarnya pun apa?

Kan, menjadi satu taboo juga nanti.